Sabtu, 31 Disember 2016

Bertemu Di Kepulan Rindu Asmara

Kasih menyala
sayang membara
cinta terus marak

Apakah kita kan bertemu
di kepulan rindu asmara

posted from Bloggeroid

Jumaat, 30 Disember 2016

Jiwa Kembali Tenang

Alhamdulillah...
dalam diam yang panjang
sapaan ringkas darimu pagi ini
cukup untuk buat jiwa kembali tenang

Sayang...
terima kasih yang teramat...
 
 
posted from Bloggeroid

Khamis, 29 Disember 2016

Pengharapan

Menyelami hati
mencari kekuatan
meneguhkan perasaan
memekarkan ikatan

Menanti sapaan
semoga indah di akhirnya

posted from Bloggeroid

Rabu, 28 Disember 2016

Sentiasa Mendoakan Dirinya Bahagia

Dia menyepi diriku terasa sunyi
tertanya-tanya khabar berita

Berharap dirinya tidak apa-apa
mendoakan dirinya terus bahagia

posted from Bloggeroid

Selasa, 27 Disember 2016

Dimanakah Puteri Pujaan?

Disini diriku bersendirian
mengenangkan detik kemesraan kita
suatu perasaan yang indah ketika itu
tertanya-tanya di dalam hati ini
dimanakah gerangan puteri pujaan
mengapakah hanya berdiam saja

Berterusan mendoakan kebahagiaan
agar dirinya sentiasa sihat sejahtera
disamping mereka yang melingkari hidupnya
dan mereka yang disayangi...

Sayang...
semoga diriku masih menjadi kesayanganmu jua...
posted from Bloggeroid

Isnin, 26 Disember 2016

Salam Sayang Buatmu

Mewangiku...
semoga siangmu lebih terang
semoga malammu lebih indah

Salam sayang buatmu, sayang..
posted from Bloggeroid

Ahad, 25 Disember 2016

Hadirlah Kasih Hadirlah Cinta

Akukah itu
berjalan-jalan menyusuri kota
melangkah longlai mencari pelangi
mengharap mentari tersenyum lagi

Engkaulah mentariku yang menyepi
sinar tenggelam diliputi awan
menjelmalah kembali untukku di sini
ternanti-nanti mengharap belas

Sayang...
semakin dirimu berdiam
semakin rinduku terpendam
hadirlah kasih hadirlah cinta
mengubat hati yang menderita

posted from Bloggeroid

Sabtu, 24 Disember 2016

Dirimu Teristimewa Dihatiku

Dalam kerinduan yang teramat ini
kuiringkan doa agar dirimu bahagia
menatap potret wajah ayumu
ternyiang-nyiang suaramu nan manja
terlukis senyumanmu yang menawan
tersentuh dengan kemesraanmu yang mempersona

Sayang...
walau di mana dirimu berada
tetap terasa berada di hati ini
walau seribu tahun terpaksa menunggu
aku kan terus menanti dengan setia
benar, bukan dirimu yang pertama
tapi izinkan menjadi yang terakhir
dan selamanya bertahta di nurani ini

posted from Bloggeroid

Jumaat, 23 Disember 2016

Aku Mencintaimu Seluruhnya

Seusai solat pagi ini
bayanganmu melintasi mataku
sungguh... kerinduan ini mengasyikkan
tidak tertanggung jiwa ini merinduimu

Sayang...
semoga perhubungan kita
semoga rasa hati kita sebelum ini
akan tetap kekal begitu selamanya
sungguh... aku mencintaimu seluruhnya

posted from Bloggeroid

Khamis, 22 Disember 2016

Sangat Sayangkan Sayang

Mesej dari jauh untuk yang paling dekat hingga bercantum di hati ini:

Sayang...
Saya sangat sayangkan sayang...

posted from Bloggeroid

Rabu, 21 Disember 2016

Pengakuan Dan Permintaan

Sayang...
saya perlukan awak
saya rindu awak
saya sayang awak
saya cinta awak

Saya tidak mahu kehilangan awak.
Awak jangan hilangkan saya dari hidup awak.

Maafkan saya jika saya terlalu meminta. Meminta sesuatu yang tidak saya minta daripada sesiapa pun selepas ini.

posted from Bloggeroid

Selasa, 20 Disember 2016

Doa Bahagia Dan Pantun Harapan

Sayang...
Semoga dirimu sentiasa berada dalam rahmatNya dan terus dilimpahi kebahagiaan dan ceria di samping mereka yang tersayang.


Dalam diam ku relakan diriku sepi
sehingga dirimu sudi menyapa hati
rindu ini bagai lautan tiada bertepi
seribu tahun ku kan terus menanti

posted from Bloggeroid

Isnin, 19 Disember 2016

Terima Kasih Tuhan

Bertemu lagi di dalam mimpi
wajahmu tenang cantik berseri
lirik matamu cukup mempersona
walau tiada sebarang bicara kata
senyuman manismu menawan sukma

Sayang...
walau hanya di dalam mimpi
ia cukup bererti
buat diriku yang sentiasa menanti
bila pertemuan dua jasad menjadi sukar
pertemuan dalam mimpi menjadi indah

Terima kasih, tuhan
menemukan dia di dalam mimpiku
posted from Bloggeroid

Ahad, 18 Disember 2016

Semalam, Hari Ini Dan Esok

Semalam adalah kenangan
banyak yang kita kongsikan bersama
bicara suara dan tulisan jiwa kita
suka duka dan gurau senda kita

Hari ini adalah hadiah
hadiahkan senyuman untuk diri kita
mahu menyayangi dan rela disayangi
melukis kehidupan dengan warna pelangi

Esok adalah harapan
mengharapkan yang terbaik buat kita
semoga yang terbaik itu jadi milik kita
ingin bahagia walau di mana kita berada
bahagia di dunia bahagia di syurga juga

posted from Bloggeroid

Sabtu, 17 Disember 2016

Cintamu Adalah Nyawaku

Merinduimu separuh mati
ingin saja menghubungimu
berbicara atau sekurangnya menyapa
sudikah terima panggilanku
atau membalas sapaan ku?
hanya di diari ini
kuluahkan hasrat jiwa ini

Sayang...
tuliskanlah walau hanya sekadarnya
buat memujuk rindu yang menyala
tidak terdaya mengharungi dunia
tanpa dirimu menyapa dan berada di sisi
ternyata kuperlukan cintamu
untuk terus merasa bernyawa

posted from Bloggeroid

Jumaat, 16 Disember 2016

Membuang Resah Mendoa Bahagia

Resah gelisah...
segala yang dibuat serba tak kena
tidur malam tadi kehilangan lena
teringat-ingat orang di sana

Damai bahagia...
doa dari jauh untuk dirimu
agar ceria menghiasi hari-harimu
moga ada doa untukku di dalam doamu

Sekali menyayangi selamanya menyayangi...

posted from Bloggeroid

Khamis, 15 Disember 2016

Salam Sayang Buat Tersayang

Salam sayang buat tersayang, yang sentiasa di dalam kerinduanku. Menyebut namamu di setiap degup dada merindu. Semoga sentiasa ceria dan bahagia walau di mana berada ketika dan saat ini.

Dulu, di setiap pagiku dan malamku, menyapa dirimu dengan salam. Girang hati ini bila salam bersambut erat. Terasa kemesraan kita yang mekar dan mewangi.

Sekarang, tiada lagi sapaan salam seperti selalu. Sesekali menyapa dan tidak lagi seindah dulu. Merindui saat-saat itu berulang kembali. Semoga takdir menyebelahi kita.

Kini, sebelum melelapkan mata di setiap malam, menatap potret wajahmu sambil mengucapkan salam dan selamat malam; semoga lenamu berulam senyum dan mendamaikan alam.  Sebaik bangun di setiap pagi, menatap potret wajahmu dan mengucapkan salam sambil mendoakan agar kehadiran siangmu terang menghiasi semesta.

Dan, langkah kaki ini bermula bersama dirimu yang sentiasa kubawa ke mana sahaja.

Selamat pagi, sayang...

posted from Bloggeroid

Selasa, 13 Disember 2016

Kasih Berakar Didalam Hati

Mewangiku...
walau dikau sepi membisu
kan senantiasa berada dihatiku
selamanya akan terus memujamu
semoga siangmu lebih indah berseri
dan malammu lebih terang bersinar

Sayang...
walau cinta tak semestinya bersatu
namun kasih tetap berakar dalam hati ini
buat selama-lamanya

posted from Bloggeroid

Isnin, 12 Disember 2016

Awak Rindu Saya?

Sentiasa merindu
terlalu rindukan awak
tak tergambar rindu ini pada lukisan
tak tertulis betapa rindu ini memuncak
tak terucap tentang rindu yang menggigit jiwa
terasa indah andai awak tahu rindu ini

Alangkah lebih indah
jika ada yang merindui saya
dan saya tidak mahu ada yang lain
yang merindui saya sebegini
selain daripada kesayangan saya
awaklah kesayangan saya

Sayang, awak rindu saya?
posted from Bloggeroid

Ahad, 11 Disember 2016

Hatiku Milikmu

Sayangku...
sejak mula bertemu dan berbicara
hati ini telah terpaut kepadamu
kemesraanmu memutik kasih
pengertianmu menguntum sayang
kasih sayangmu membuahkan cinta

Manjaku...
menantimu dengan setia
kerana hatiku telah menjadi milikmu



Sabtu, 10 Disember 2016

Monolog: Semua Tentang Kita

Aku mendengar lagu ini hampir setiap hari. Berulang-ulang kali. Lagu yang pernah diberikan kepadaku oleh dia yang sentiasa berada di dalam hati ini sejak dulu. Dan dia akan kekal di hati ini buat selama-lamanya.

Setiap kali mendengar lagu ini, hanya bayangan wajahnya tertayang di layar mata. Dia pernah menyatakan sarikata benci pada lirik itu ditukar kepada sayang kerana dia menyayangi diriku. Terima kasih, sayang. Aku tetap dan akan terus menyayangimu buat selama-lamanya.

Kata pengulas lirik, "lagu ini adalah mengenai dua insan yang bercinta dan dalam pada masa yang sama mereka mempunyai komitmen dengan insan lain. Jadi, cinta mereka tidak rela diduakan kerana hati mereka tak rela menduakan. Ini menjadikan hati mereka cukup sengsara dan menderita. Begitulah sedikit fahaman tentang lagu ini."

Itu kata pengulas lirik. Kata hatiku pula, aku cukup bahagia dapat mengenali, menyayangi dan menyintai puspita hatiku ini. Semoga dia juga mempunyai perasaan yang sama.

Lagu ini memberi pengertian tersendiri hingga tajuk blog ini juga diambil dari lagu ini dan diubah sedikit menjadi 'Cerita Tentang Kita'.
 
Sama-sama kita hayati lagu ini.

Ku biar saja waktu ini membalasnya
Erti rindu erti mencinta
Menutupi segala gelisah

Kau juga sama ada rasa tentang kita
Tapi hati enggan mendua
Biar sengsara hati kan merana
Ingin aku hapus segala
Tak bisa jua melawan cinta

Tuhan tolonglah aku mencintainya
Sungguh hatiku berbalah setelah cinta diuji
Runtun jiwaku tulus mencintaimu
Jujurlah pada hatimu
Oh Tuhan tetapkanlah
semua tentang kita

Benci juga rindu senantiasa merasukku
Sulit untuk ku melafazkan
Diri tanpamu tiada bertahan

Tuhan tolonglah aku mencintainya
Sungguh hatiku berbalah setelah cinta diuji
Runtun jiwaku tulus mencintaimu
Jujurlah pada hatimu
Oh Tuhan tetapkanlah
Semua tentang kita
Semua tentang kita
Semua tentang kita


Lagu: Semua Tentang Kita
Nyanyian: Aspan Shah

posted from Bloggeroid

Jumaat, 9 Disember 2016

Bisikan Cinta

Tersedar dari tidur pagi ini
ingatan kepadamu begitu kuat
terasa ingin mendakapmu erat-erat
dan berbisik lembut ke telingamu
'Sayang... I luv u so much...'

posted from Bloggeroid

Khamis, 8 Disember 2016

Dirimu Bertahta Dihatiku

Cuaca begitu redup petang ini
angin bertiup lembut dan nyaman
dan mentari muncul di sebalik awan
cantik sinar mentari petang ini
aku tersenyum sendirian lagi

Dalam keserabutan fikiran
ingatan kepadamu ternyata memberi kelegaan
membayangkan senyumanmu
mengenangkan gurau sendamu
ternyiang-nyiang suara manjamu
semua ini jadi terapi kepadaku
melegakan segala derita jiwaku

Sayang...
di mentari petang yang indah
ada wajahmu yang mempersona
terima kasih kerana sudi hadir dalam hidupku ini
kasih sayang kepadamu
akan terus mekar indah di dalam hatiku
dirimu terus bertahta mewangi dikalbu

posted from Bloggeroid

Rabu, 7 Disember 2016

Selamat Malam Dealova

Mata tak terpejam
asyik teringatkan bidadariku
yang sedang lena diperaduan
bermimpi dakukah dia?
atau nyaman dalam senyuman

Rindukan mewangiku
hingga meruntun rasa jiwa ini
dia yang ku panggil sayang
menjadi kecintaan ku selamanya

Mata masih mencari lena
sedang rindu kian membunga
dalam kesepian malam ini
menatap potret wajah ayu itu
hatiku penuh dengan cintanya
semoga hatinya penuh dengan cintaku

Selamat malam, sayang
Selamat malam Dealovaku

posted from Bloggeroid

Selasa, 6 Disember 2016

Hadirmu Mengindahkan Duniaku

Sejak mengenalimu dan menyemai kemesraan, hati ini telah dan akan terus mengasihi, menyayangi dan mencintaimu di dunia ini hingga di syurga kelak.

Sentiasa berdoa agar perasaan indah ini berkekalan selama-lamanya. Semoga sayang juga masih dan terus ada rasa yang serupa terhadap saya.

Luv u forever...
posted from Bloggeroid

Isnin, 5 Disember 2016

Warkah Ringkas Untuk Sayang

Assalamualaikum sayang...
.
Hari baru dan minggu baru. Semoga semuanya baru, ceria, bahagia dan dipermudahkan segala urusan. Tidak bercutikah di minggu-minggu akhir tahun ini? Kalau bercuti; kemanakah agaknya destinasi percutian itu? Semoga terus bahagia bersama insan-insan yang disayangi dan yang menyayangi walau di mana sayang berada.
.
Jika ada kesempatan dan kelapangan masa, sudikanlah menitip sesuatu untuk saya. Lama tidak membaca hasil tulisan sayang. Saya amat suka membacanya. Manalah tahu, sekurang-kurangnya boleh meredakan rindu ini.  Sesekali, teringin juga mendengar suara sayang. Terus terang, rindukan suara lunak manja itu. Tapi saya faham jika sayang sukar untuk menukilkan senaskah kata melalui tinta dan sukar juga untuk sekadar berbicara melalui telefon walaupun hanya seketika. Saya hanya mampu mencadangkan rasa hati saya. Akhirnya, keputusan adalah di tangan sayang.
.
Apa pun, semoga kebahagiaan berterusan melingkari hidup sayang dan perhubungan kita ini kekal buat selama-lamanya.
.
Salam sayang buat tersayang...

Ahad, 4 Disember 2016

Rindu Sayang

Salam sayang buat tersayang...

Rindu ini tidak pernah terhenti
sedangkan tika bertemu
lagi kan merindu
inikan pula jauh di mata
sedangkan tika berutus kata
penuh dengan ayat kerinduan
inikan pula lama tidak berbicara

Sayang...
saya sayang awak dan rindukan segalanya tentang kita.
posted from Bloggeroid

Sabtu, 3 Disember 2016

Seribu Kenangan

Meraikan sendirian semalam
menatap foto-foto kenangan
membaca nukilan-nukilan tulisanmu
menyingkap diari yang penuh cerita

Semua itu memberikan banyak rasa
rasa kasih
rasa sayang
rasa rindu
rasa cinta yang mendalam

Sayang...
saya sayang sayang saya...

posted from Bloggeroid

Jumaat, 2 Disember 2016

Selamat Hari Ulang Tahun Pedusi Bidadari

Setahun berlalu
kini muncul lagi tarikh istimewa itu
setiap kali di detik waktu ini
setiap kali itu meronta-ronta jiwaku
ingin saja berdiri di hadapanmu
menyerah sejambak mawar merah
atau mungkin sepotong kek
sambil mengucapkan dengan senyuman
Selamat Hari Ulang Tahun, Pedusi Bidadari

Setiap kali seusai solatku
tidak tertinggal namamu dalam doaku
semoga kebahagiaan menjadi milikmu
agar kejayaan mengiringimu
rezeki dan keberkatan melimpahi hidupmu
diberikan kejayaan dunia dan akhirat buatmu

Ternyata mengenalimu,
menyayangi dan mencintai dirimu
adalah anugerah yang indah buatku
ingin mengharungi saat suka dan sukar
bersama-sama denganmu

Sayang...
semoga dirimu kuat dan tabah
menempuhi dugaan hidup ini
percayalah diriku sentiasa ada
menantimu dengan setia

Selamat Ulang Tahun Kelahiran, sayang
Selamat Hari Ulang Tahun Pedusi Bidadariku...
posted from Bloggeroid

Khamis, 1 Disember 2016

Menanti Detik Itu

Tarikh istimewa itu akan muncul lagi. Menanti detik itu bersendirian sambil berharap dia juga menantikannya. Walau jauh dan mungkin tidak dapat berbalas kata bicara seperti dahulu, tetapi boleh saja meraikannya bersama-sama dari tempat masing-masing.

Semoga hubungan tulus ikhlas ini berkekalan buat selama-lamanya.
posted from Bloggeroid

Rabu, 30 November 2016

Masih Di Sini

Waktu datang dan pergi
aku masih di sini
mencari-cari wajah ayu mu
menanti-nanti suara manjamu
menunggu-nunggu harum wangimu

I luv u my dearest...

posted from Bloggeroid

Selasa, 29 November 2016

Ingin Bertemu

Sekali lagi melewati jalan itu
memandang sayu dari jauh
kerinduan ini kian ketara
bergetar hati walau hanya
nampak bumbung teduhmu

Terasa ingin sangat bertemu
walau hanya di angin lalu...



Isnin, 28 November 2016

Kisah Perlambangan

Cantik mentari petang semalam
sinarnya terang tapi tidak panas
teringat dikau yang ku panggil sayang
sering ku kaitkan dengan perlambangan
mentari petang yang mendamaikan

Kemudian cuaca gelap lalu langit menangis
hujan turun dengan lebat sekali
membasahi bumi memperlahankan perjalanan
tika malam menutup tirai siang
hujan semakin perlahan dan berhenti
ingatan kepadamu tidak pernah terhenti

Pagi ini mentari bersinar kembali
senyuman mentari menyegarkan
bibir turut mengukir senyum
tertanya sejenak tentang dirimu
'sudah sarapankah bidadariku?'

Mentari petang yang damai
cuaca gelap lalu hujan lebat
dan mentari pagi yang bersinar
kisah kemesraan, halangan dan kembali indah...

Sayang...
Apakah ia sama dengan kisah kita?
posted from Bloggeroid

Ahad, 27 November 2016

Kesayangan Saya

Sayang...

Alhamdulillah... awak menghidupkan saya dengan sapaan awak. Walau ringkas tapi apakah pilihan yang saya ada? Saya terima seadanya dan saya gembira. Ia mendamaikan hati ini.

Saya sentiasa dan akan terus mendoakan kebahagiaan awak. Saya sayang sungguh-sungguh kesayangan saya. Awaklah kesayangan saya.

Terima kasih, sayang...
posted from Bloggeroid

Sabtu, 26 November 2016

Maafkan Diriku

Sukar untuk awak jawab salam saya
sukar untuk awak menyapa saya
saya minta maaf kerana buat awak jadi sukar
walhal saya tahu dan faham situasi awak

Maafkan saya yang seolah tidak mengerti
terus menyapa tanpa peduli
tapi bila rindu tidak tertahan
bagaimana dapat saya bohongi hati
memanggil-manggil nama awak
tercari-cari kelibat wajah awak
setiap saat merindui awak
teragak-agak menyapa awak

Sayangku...
maafkan saya jika buat awak gelisah
mungkin tidak lagi selesa dengan sapaan saya
biarlah saya menyapa di sini saja
menulis luahan hati ini buat awak
ruang hati ini hanya untuk awak
dengan tulus ikhlas pengakuan dari saya
saya menanti awak dengan setia
posted from Bloggeroid

Jumaat, 25 November 2016

Rindu Sapaanmu

Membaca semula semua karyamu
sebak dada walau bibir mengukir senyum
rindukan tulisan-tulisan darimu lagi

Nukilanmu ikhlas
tercurah dari hatimu yang syahdu
menyusun kata seindah bicara
meluahkan rasa dengan selamba
punyai maksud tersurat  dan tersirat
setiap bait-bait kata-kata indah dan penuh makna

Sayang manjaku,
jika ada sudi dihatimu buatku
tuliskanlah senaskah coretan
buat tatapan diriku ini

Terima kasih, sayang...





Khamis, 24 November 2016

Ingatan Membara

Sayang...
kala sibuk di kejar waktu
ingatan kepadamu tergenggam erat
kala sepi mencengkam hati
ingatan kepadamu bertambah teguh
sentiasa ada di hati ini
walau ke mana kaki melangkah pergi

Sayang...
menoleh ke mentari petang
terpandang wajah ayumu
jiwa bertambah rindu
dirimu selamanya menjadi kesayanganku

Rabu, 23 November 2016

Pertanyaan Hati

Tertanya-tanya di hati ini
tentang perasaan di kalbumu
apakah masih ada rasa yang sama
walau tidak semesra dulu?

posted from Bloggeroid

Selasa, 22 November 2016

Bertemu Di Diari Ini

Setiap hari kita bagai bertemu
walau tidak di depan mata
terasa kehadiranmu dihatiku
sehari tidak menulis di diari ini
bagai tidak bertemu dirimu

Tiada batasan di naluri ini
untuk merasai nikmat cintamu
terus menyapa setiap hari di sini
tanpa kepastian samada dikau turut membacanya

Menulis setiap hari kepadamu
setidaknya membantu merawat rinduku
walaupun ubatnya masih di dalam genggamanmu
menanti kehadiranmu untuk merelaikan rinduku

Akan terus menulis di diari ini
sambil berdoa semoga takdir
menemukan kita semula dan selamanya...
posted from Bloggeroid

Isnin, 21 November 2016

Ingin Bersua

Kebelakangan ini
selalu bermimpikannya
apakah hanya di dalam mimpi
bidadariku sudi memunculkan diri?

Seperti biasa
hanya aku lebih banyak berbicara
dia pula lebih mendiamkan diri
sesekali berbicara dengan suara lunaknya
kurenung wajah kerinduan itu semahunya
indah berseri menawan kalbu

Sayang...
bertemu di dalam mimpi pun indah
bagaimana jika bertemu di alam realiti?
telah terlalu lama menyepi
tidakkah terasa ingin munculkan diri?
atau sekurangnya
memberi peluang mendengar suara?
posted from Bloggeroid

Ahad, 20 November 2016

Cinta Selamanya

Semakin hari semakin sayang
walau tidak bertemu
tapi tidak akan terpisah
sekali melafaskan cinta
selamanya mencintai

Sayang... luv u forever...

posted from Bloggeroid

Sabtu, 19 November 2016

Teringatkan Bidadariku

Pagi hening ini
dingin, tenang dan damai
kuat rasa hati ini padamu
terasa dikau merasa yang sama
atau mungkin saja telahanku salah
yang pasti
rasa hati ini terlalu kuat
bagai ingin menyapamu

Salam Sejahtera dan selamat pagi, sayang...
posted from Bloggeroid

Jumaat, 18 November 2016

Penawar Jiwa

Pagi ini ternyata lebih indah
pabila tersayang membalas salam
hati terasa sejuk dan nyaman
bibir ceria mengukir senyum
hati kembang berbunga-bunga

Terima kasih, sayang
walau hanya satu perkataan
ia cukup bermakna buat diri ini
bagai ubat meredakan resah
jadi penawar menyembuhkan gelisah
posted from Bloggeroid

Khamis, 17 November 2016

Sentiasa Di Hati

Walau tidak terpandang di mata, sentiasa ada di dalam hati. Selamanya ada di situ.

Sayang... semoga bahagia sentiasa bersamamu.

posted from Bloggeroid

Rabu, 16 November 2016

Terus Setia

Sunyi
maaf kiranya mengganggu
kadangkala hati berbelah bagi
ingin menyapa bertanya berita

Setia
menjalani hari-hari muka
bawa kemesraan di dalam jiwa
seribu tahun terus bertahta
posted from Bloggeroid

Selasa, 15 November 2016

Dua Ratus Hari Yang Sepi

Detik berdenting tiada henti
waktu berputar menukar hari
siang malam silih berganti
minggu bertukar bulan berlari
diam tak diam di tarikh ini
genap dua ratus hari kita bersendiri
tiada lagi gurauan berwarna pelangi

Apakah selamanya akan begini
berterusan menghitung hari
siang merindu malam bermimpi
setiap masa tercari-cari
atau masihkah ada harapan menanti
tiba masanya kan datang kembali
kasih berpaut di sanubari
riang di hati menari-nari

Sayang...
Dua ratus hari kehilangan celoteh kita
masa akan terus menjenguk rasa
pepohon cinta yang terus merendang ini
sentiasa di baja agar terus mekar mewangi
terus menghitung hari sambil berdoa
agar kemesraan ini bercantum kembali
kita sama-sama bahagia dengan takdir Ilahi

Luv u...
posted from Bloggeroid

Isnin, 14 November 2016

Menanti Jawapan

Terasa dirimu begitu dekat di sisi
bagai ingin berbisik sesuatu padaku
berdebar jantungku merapati dirimu
memasang telinga menanti bicara kata

Adakah itu hanya perasaanku saja
atau mungkin benar dari hatimu jua
tetapkanlah tempat dan ketika
kira berjumpa melakar cerita

posted from Bloggeroid

Ahad, 13 November 2016

Rindu Tanpa Henti

Dingin pagi ini menyucuk tulang
hati berdebar teringatkan sayang
waktu seperti ini terkenang-kenang
menyapa dari jauh wajahmu terbayang

Bergenang air di kelopak mata
menitik ke pipi pabila berkelip
hangatnya terasa hingga di hati
ku simpan kasihmu sehingga mati

Rindu...

posted from Bloggeroid

Sabtu, 12 November 2016

Ombak Dan Pantai

Bagai ombak dan pantai
kasih ini tak akan terpisah
biar surut air di lautan
ombak dan pantai tetap bertaut

posted from Bloggeroid

Khamis, 10 November 2016

Indah

Menyayangimu adalah anugerah
merinduimu suatu yang mengasyikkan
cinta kasihmu sentiasa dalam dakapanku

Rabu, 9 November 2016

Rindu Tak Terucap

Salam sayang buat sayang...
 
Hari-hari yang dilalui sentiasa ada dirimu di dalam hati. Tak pernah rasa sebegini sebelum perkenalan kita ini. Ikatan kasih terasa begitu akrab. Rindu tak terucap. Banyak buih di laut, banyak lagi rasa rindu ini. Tinggi awan di langit, terasa tinggi lagi rindu ini. Sedalam mana dasar lautan, lebih dalam lagi perasaan rindu ini. Rindu segalanya tentang dirimu.
 
Sentiasa dan akan terus mendoakan kebahagiaanmu. Sentiasa mengharapkan keceriaanmu. Terus menanti langit petang kerana di mentari petang itu ada bidadariku.
 
Semoga bahagia walau dimana sayang berada...
 
 

Selasa, 8 November 2016

Sapaan Awak Terapi Saya

Bila awak diam
saya jadi resah
bila awak jawab sapaan saya
awak mengindahkan hari saya
cuma rasa tak puas
sapaan awak begitu ringkas

Saya berterima kasih
biarlah ringkas
dari awak tidak membalas
dan saya kembali tenang
sapaan awak terapi bagi saya

Terima kasih, sayang...
posted from Bloggeroid

Isnin, 7 November 2016

Izinkanlah

Sayang...

Saya rindu sayang.
Saya sayang sayang.
Ingin berbicara walau sebentar cuma.

Memohon keizinanmu...

Ahad, 6 November 2016

Kenangan Pagi Minggu

Pagi minggu datang lagi
memori lama hadir kembali
sering bertanya apakah aktiviti awak
apakah masih memikir samada jogging,
menyediakan juadah, membeli di gerai
atau bersarapan di luar sahaja

Pagi minggu sebegini
pernah juga menyapa dan tertidur semula
dan kita terus berbicara tentang apa saja
hingga malam menutup tirainya

Pagi minggu hari ini
terasa ingin sangat menyapa awak
menahan gelora di dalam dada
di diari ini diluahkan segala

Sayang, selamat berhujung minggu...

posted from Bloggeroid

Sabtu, 5 November 2016

Salam Sayang Dan Rindu

Assalamualaikum dan selamat pagi sayang...

Semoga hari-hari yang dilalui terus indah berseri, ceria dan membahagiakan.

Wajahmu sentiasa ada di mata
kasih sayangmu sentiasa di hati
walau dirimu jauh di mata
ternyata begitu dekat di dalam hati

Semakin hari semakin sayang
semakin lama semakin rindu
raut wajahmu asyik terbayang
kenangan indah semanis madu

Walau dimana sayang berada dan apa juga yang sedang dilakukan, semoga indah dan dipermudahkan.

Salam sayang dari yang menyayangimu...

posted from Bloggeroid

Jumaat, 4 November 2016

Selamat Pagi Sayang

Dari sudut hujung cafe ini
sambil menikmati sarapan pagi
terlihat meja hampir di penuhi orang
dan ramai lagi yang masih beratur
memilih juadah serta minuman
entah mengapa bagai terlihat dirimu
di setiap wajah yang ada

Aku tersenyum sendirian
antara ceria dan keliru
teringatkan dirimu
apakah agaknya sarapanmu pagi ini
soalan yang sering kutanyakan dulu
dan sering ku ingatkan padamu
jangan biarkan perutmu kosong

Selamat pagi, sayang
selamat bersarapan dan selamat bertugas
semoga ceria dan bahagia melingkarimu
bersama kesayanganmu dan yang menyayangimu

posted from Bloggeroid

Khamis, 3 November 2016

Menyintaimu Selamanya

Assalamualaikum sayang...

Hai... Awak diam saja. Terlalu lama tiada khabar berita. Apakah agaknya yang terbuku di fikiran awak? Apakah agaknya yang terpendam dihati awak? Luahkanlah kepada saya. Saya ingin berkongsi segalanya bersama awak dan saya bersedia jika awak ingin kongsikan apa-apa saja dengan saya. Awak tahu yang saya sentiasa ada untuk awak. Ya, saya akan sentiasa ada untuk awak selama-lamanya.

Saya sendiri pun sebenarnya tertanya-tanya di dalam hati sendiri, kini dimanakah agaknya diri saya ini dihati awak? Apakah masih ada gelora rindu? Apakah masih ada kehangatan cinta?

Bila awak mendiamkan diri tanpa sebarang jawapan, saya mengandaikan bahawa kasih sayang awak pada saya masih seperti dulu. Diam tanda setuju. Tapi kepastiannya hanya awak saja yang boleh berikan jawapan.

Saya akan terus mengasihi awak, menyayangi awak dan menyintai awak. Kemana saja langkah kaki ini, awak tetap ada dihati saya. Saya ingin terus hidup dengan kasih sayang awak. Dengan cinta murni awak. Saya rasa damai bila terasa kehadiran awak dihati saya. Saya tidak mahu hidup dalam mati. Saya mahu hidup dengan cinta awak.

Sayang...
Sekali menyintaimu, selamanya akan terus menyintaimu. Semoga dirimu sentiasa bahagia kerana saya hanya akan gembira bila awak bahagia.

Luv u forever...
posted from Bloggeroid

Rabu, 2 November 2016

More Than Words Can Say

Masih tidak dapat melelapkan mata
terasa sangat sayang dan sangat rindu
kadang-kadang hampir tidak terkata
hanya pada tuhan tempat saya mengadu

My dear sayang,
I miss u more than words can say...
posted from Bloggeroid

Selasa, 1 November 2016

Dalam Doaku Terukir Namamu

Tertanya-tanya khabar dirimu
ternanti-nanti berita darimu
moga yang indah-indah jadi milikmu

Sepi mengajar erti tabah
dalam doaku terukir namamu

posted from Bloggeroid

Isnin, 31 Oktober 2016

Sayang, Rindu & Cinta

Bila sayang sentiasa terbayang
bila rindu asyik tertunggu-tunggu
bila cinta keindahan tercipta
bila sayang, rindu dan cinta bercantum
damailah jiwa
bagai dua hati menjadi satu
posted from Bloggeroid

Ahad, 30 Oktober 2016

Selagi Waktu Berputar

Sayang...

Selagi waktu terus berputar
selagi itu hati ini akan terus menyintaimu...

posted from Bloggeroid

Sabtu, 29 Oktober 2016

Wajahmu Mendamaikan Jiwaku

Assalamualaikum sayang...

Semoga sihat dan ceria selalu walau berada di mana sekalipun. Mungkin juga menyambung cuti dan bercuti di mana-mana. Didoakan segala berjalan lancar dan dipermudahkan segala urusan.

Langit tidak selalu cerah. Datang mendung gelaplah ia. Hidup umpama roda; sesekali di atas sesekali di bawah. Kesihatan tidak selalu baik. Kekadang di duga dengan kesakitan. Hati tidak selalu tenang kekadang bergelora di lambung ombak resah.

Beberapa dugaan datang melanda saya. Dalam mengharunginya, teringat yang kita sering berkongsi suka dan duka. Kenangan itu datang menjelma. Kita saling memberi nasihat dan cadangan. Kita saling memberi semangat dan kekuatan. Alangkah indah andai suasana itu masih ada. Andai suasana itu berterusan.

Tapi tidak mengapa. Kita sama-sama faham situasi kita. Dalam menyusuri perjalanan hidup ini, raut wajahmu yang ayu melalui potretmu yang sentiasa kutatap penuh dengan kerinduan, cukup mendamaikan jiwaku ini. Terima kasih atas senyuman manismu di potret-potret wajahmu. Ia merawat kalbuku.

Semoga diriku menjadi semangat buat dirimu jua.
 
 
posted from Bloggeroid
 
 
 
 

Jumaat, 28 Oktober 2016

Tertarik Sifat Pemalu Awak

Saya mengimbau tentang kita
kemesraan dan bicara kita
gurau senda dan suka duka kita
mengenang apa yang menarik tentang awak
hingga hati saya tersangkut dibuai asmara
sehingga saya jatuh cinta pada awak

Saya tertarik dengan sifat pemalu awak
suara awak yang seakan berbisik
pipi awak yang kemerahan bila berbicara
bibir awak yang bergetar bila menuturkan kata
ia mengasyikkan
dan saya rindukan keasyikan itu...

posted from Bloggeroid

Khamis, 27 Oktober 2016

Cinta Padamu

Terlalu rindu hingga tiada terkata
kasih, sayang dan cinta ini
bercantum di dalam hati yang sepi
memerhati
putik kasih
memekar sayang
berbunga cinta

Cinta padamu...
posted from Bloggeroid

Rabu, 26 Oktober 2016

Cintamu Adalah Nyawaku

Assalamualaikum sayang...

Saya tidak berapa sihat sejak semalam. Alhamdulillah, kini beransur pulih.

Banyak yang hendak dikongsikan dengan sayang tapi kita sama-sama maklum sukar untuk kita bercerita seperti dulu. Tidak mudah juga untuk berkongsi semua cerita melalui diari ini. Tidak terdengar gelak ketawa kita. Tidak terlihat senyuman kita.

Sementara itu, saya berharap sayang berada di dalam keadaan sihat walafiat dan sentiasa ceria.

Saya tersenyum sendirian tadi apabila mendengar bait-bait lirik "ternyata ku perlukan cinta dari dirimu sayang barulah terasa ku bernyawa..." Ya, saya perlukan cinta daripada sayang untuk saya terus terasa bernyawa.

Semoga cinta dari sayang menjadi ubat sebagai ikhtiar untuk saya cepat sembuh seperti biasa.

Sayang, terima kasih atas segalanya.
posted from Bloggeroid

Selasa, 25 Oktober 2016

Menyala Di Pantai Hati

Menulis namamu di pasir pantai
bunyi ombak berlagu girang
angin menyapu sejuk ke muka
bibir mengukir sekilas senyuman
namamu terpahat di gigi pantai
terbayang wajahmu di mata hati

Alangkah indah jika dirimu di sini
kita berjalan berdua di tepi pantai
bercerita dan bergurau senda
melihat kanak-kanak berkejar riang
sambil menanti mentari berlabuh

Menulis namamu di pasir pantai
ombak datang memadam segala
namun begitu nama dan wajahmu
tetap segar menyala di pantai hati ini
buat selama-lamanya

posted from Bloggeroid

Isnin, 24 Oktober 2016

Khabar Dari Jauh

Assalamualaikum sayang...

Semoga dirimu sihat, ceria dan bahagia. Buat diriku ini, alhamdulillah sihat seadanya. Merindu seperti biasa dan terus menanti-nanti perkhabaran darimu.

Di kembara ini, suasana damai disini tidak lengkap tanpa kehadiranmu disisi. Terasa sunyi. Terasa terasing. Terasa ada kurangnya langkah kaki ini. Pun begitu, kerana adanya dirimu di dalam hati ini, segalanya ku tempuhi dengan tenang pada segala dugaan dan ujian.

Ingin kubelikan sesuatu sebagai kenanganku di perantauan ini, buat hadiah kecil untukmu, tapi apakan dayaku ini. Ingin saja kutitipkan segala peristiwa di sini secara langsung, buat berkongsi ceritaku denganmu tetapi ruang itu telah tiada. Ingin kukirimkan gambar-gambar kenangan di sini buat tatapan matamu, tetapi di alamat manakah dapat ku kirimkan?

Hanya doa dari jauh untuk dirimu yang senantiasa dekat dihati ini.  Memohon yang terbaik untukmu dan untuk kita.
 
 
 
posted from Bloggeroid

Ahad, 23 Oktober 2016

Suara Hati

Sayang...
saya sangat sayang dan sangat rindukan awak...

Luv u sweetheart.

posted from Bloggeroid

Sabtu, 22 Oktober 2016

Ingin Bersamamu

Ingin bercerita seperti selalu
berkongsi hampir setiap detik
ia suatu yang menyenangkan
hampir tiada rahsia antara kita

Tapi awak tiada
dan saya tiada siapa lagi
untuk bercerita dan berkongsi rahsia
di kembara ini saya keseorangan
walau di kelilingi oleh teman-teman
andai takdir mengizinkan
ingin saja mahu awak di sini
menemani, bersenda gurau, ketawa bersama

Sayang...
walaupun diri ini jauh di mata
rasakanlah betapa dekat di dalam hati
apakah ada getar rindu yang sama antara kita?

posted from Bloggeroid

Jumaat, 21 Oktober 2016

Doamu Mengiringi Perjalananku

Di perjalanan jauh ini
kutitipkan agar dirimu mendoakanku
semoga perjalanan dan tujuan dipermudahkan

Jawapan ringkasmu
adalah semangat yang kubawa bersama
tersemat indah di sanubari

Terima kasih, sayang

posted from Bloggeroid

Khamis, 20 Oktober 2016

Pengakuan

Bila menatap wajah manjamu
mata ini tidak lagi menoleh pada yang lain
bila dirimu telah berada dihati ini
tiada ruang lagi untuk yang lain

posted from Bloggeroid

Rabu, 19 Oktober 2016

Sentiasa Dihati Ini

Hari ini lebih tenang dan nyaman
terasa seolah dirimu ada di samping
bagai kita sedang saling menyapa
berbicara berbunga seperti biasa

Dirimu telah sentiasa ada dihati
berada didalam pelukan asmara
akan kupelihara hingga selamanya
perasaan itu menguntum indah

posted from Bloggeroid

Selasa, 18 Oktober 2016

Sapaanmu Merawat Sepi

Sesekali menyapa bertanya khabar
mendoakan sihat ceria dan bahagia
sapaan ringkas penuh makna
menanti jawapan dengan debaran

Balasan sapaanmu walau ringkas
ia cukup bermakna pada diriku
ia menghidupkan hari suramku
ternyata mentari petang ini mengerti
tersenyum indah di sebalik awan

Terima kasih buat tersayang
masih sudi merawat sepi
wajahmu kian terbayang-bayang
ingin bertemu di dalam mimpi

posted from Bloggeroid

Isnin, 17 Oktober 2016

Diam Dalam Sepi

Tertanya-tanya khabarmu
tidak tertanggung menahan resah
hampir menghubungi dirimu tadi
entah mengapa tidak tertulis padamu
lantas diamkan diri didalam sepi

Mungkin esok masih ada untuk kita
kerana itu tidak menyapa hari ini
hanya menulis secebis cerita
di diari yang terus terisi ini

Gerak hati bagai berkata
dirimu menanti sapaanku
atau itu hanya anggapanku
kaulah yang lebih tahu hatimu
dan rindu ini terus dambakan dirimu


 

posted from Bloggeroid

Ahad, 16 Oktober 2016

Rindu Yang Tersangat

Sayang...
apakah agaknya aktiviti hari ini
walau apapun, walau di mana jua
bawalah rindu ini bersamamu
telah terlalu lama ia tidak keruan
menagih simpati memohon pengertian

Kirimkanlah perkhabaranmu
berdebar-debar membayangimu
kerana rindu ini
rindu yang  tersangat...

posted from Bloggeroid

Sabtu, 15 Oktober 2016

Namamu Dibibirku

Namamu sentiasa dihatiku
pagi ini ku sebut namamu dibibirku
bergetar bibirku menyebutnya
bergetar telingaku mendengarnya
berdegup debar jantungku menerimanya
menitis airmataku menyebut nama
kerinduanku ini

Nama yang indah
untuk seorang yang indah di mataku
yang istimewa di hatiku
yang sentiasa bertahta di jiwaku
posted from Bloggeroid

Jumaat, 14 Oktober 2016

Menanti Lena

Malam semakin larut
siang kian menjenguk
mata masih berkelip-kelip
mengintai luar jendela yang kelam
menanti lelap membuai mimpi

Terbayangkan ayu wajahmu
terukir senyuman di bibir ini
tentu waktu ini telah melenakan diri
atau sedang melayan mimpi indah

Sayang...
izinkan kubawa dirimu dalam lena
dan kita bertemu di dalam mimpi
buat mengubat lara rindu ini
posted from Bloggeroid

Khamis, 13 Oktober 2016

Rindu Bayangan

Maafkan diari ini
terlalu banyak bicara rindu
terlalu lama tidak bersua
terlalu dalam menikam sukma

Rindu bayanganmu
kerana jasad bagaikan jauh
berada di laman taman larangan
tercari-cari bayang wajahmu
andainya sudi untuk bertemu
melepas lelah rindu menggunung

Maafkan diri ini
bicara ini dari hati yang tulus
hati yang penuh pepohon rindu

posted from Bloggeroid

Rabu, 12 Oktober 2016

Kekal Selamanya

Saat berganti minit
siang berganti malam
hari berganti minggu
sayang saya pada awak tiada ganti
tetap kekal selamanya
posted from Bloggeroid

Selasa, 11 Oktober 2016

Cinta Penyair

Bila menyintai seorang penulis
tentu awak dapat tempias untuk menulis
- tuliskanlah sesuatu
(sudah lama awak tidak menulis)

Bila dicintai seorang penulis
tentu awak jadi puisi dan syairnya
posted from Bloggeroid

Isnin, 10 Oktober 2016

Doa Kita

Salam sayang buat tersayang,

Sentiasa mendoakan semoga ceria dan bahagia terus menjadi milik awak walau di mana awak berada dengan harapan diri saya ini sentiasa berada di dalam hati awak.

Semoga doa yang sama buat saya daripada awak dan ketahuilah diri awak memang telah sentiasa ada di dalam hati saya.

Catatan ringkas tapi penuh makna.
posted from Bloggeroid

Ahad, 9 Oktober 2016

Pantun Rindu

Ingin merisik khabar beritamu
sentiasa tertanya akan dirimu
siang malam mengingatimu
menantikanmu tiada jemu

Di sini aku seorang perindu
duduk seorang termangu-mangu
kenangan datang semanis madu
hadirmu sayang kutunggu-tunggu

Hadirlah kasih hadirlah sayang
tak mampu hidup dalam kesepian
dirimu asyik ku terbayang-bayang
menyayangimu hingga kesampaian
posted from Bloggeroid

Sabtu, 8 Oktober 2016

Wajahmu Dimana-mana

Redup pagi ini menenangkan
angin sejuk menyapu muka
menoleh pada seseorang
sedang duduk berkumpul
berbicara ceria sesama mereka

Kutatap wajah itu dari jauh
wajah kerinduanku
tak tumpah wajahnya seiras wajahmu
hatiku terus meronta menggamit rindu
posted from Bloggeroid

Jumaat, 7 Oktober 2016

Peristiwa Ketika Hujan

Hujan pagi ini ada cerita tersendiri
teringat hujan di suatu petang
lantas ingin menjemput dirimu pulang
tetapi kau menolaknya dengan lembut
akhirnya pulang dalam kebasahan

Tawaranku menjemputmu adalah kerana hujan
tidak mahu dirimu pulang dalam kebasahan
dirimu pula tidak mahu menyusahkanku
lalu membonceng motosikal dalam hujan
rupanya kita saling salah faham
kukira dirimu pulang dengan berkereta
kau pula ingatkan yang cuaca baik tanpa hujan

Hujan pagi ini mendamaikan
ingatanku pada peristiwa itu
membuat bibirku mengukir senyum
jom kita berkongsi senyuman ini...



Khamis, 6 Oktober 2016

Menantimu Dengan Setia

Rindu ini membenih titisan sendu
mengalir panas membasahi pipi
kukutip keping-keping kaca airmata
yang jatuh berderaian di kaki lantai

Rindu ini membawa diriku kepadamu
melintasi daerahmu mengintai dari jauh
mengharap bayangan kelibatmu
ingin mencium harum tubuhmu
menatap wajah ayu kerinduanku
merenung manis bibirmu tersenyum padaku

Sayang...
kembalikanlah semangatku
walau dengan sebaris ayat dari bibirmu
kembalilah sayang
ku menantimu dengan setia...
posted from Bloggeroid

Rabu, 5 Oktober 2016

Pelangi Di Langit Petang Kita

Panjang bicaraku dalam doa pagi ini
mengharapkan citra kemesraan kita
bercantum seperti dulu malah lebih
mengharap agar kebahagiaan kita
berpanjangan buat selama-lamanya
mengharap dunia indah garapan kita
berwarna warni semula hingga akhir nanti

Merintih di dalam doa panjang itu
memohon agar tuhan merestuinya
kerana takdir pertemuan dulu dan
takdir perpisahan kemudiannya
adalah milikNya yang hakiki
memohon takdir pertemuan semula
walau kita tidak pernah berpisah
tapi terasa kita bagai tidak bertemu

Sebak dalam bicara panjang pagi ini
semoga doa ini mendapat tempat
dimakbulkan permintaan ini olehNya
menanti pelangi indah muncul semula
di langit petang kita berdua

posted from Bloggeroid

Selasa, 4 Oktober 2016

Rindukan Bisikanmu

Salam Sejahtera buat dirimu,

Tidak dapat tidak, walaupun saban hari menitipkan sesuatu di diari ini buatmu, hati ini meronta-ronta ingin menghubungimu. Lantas jari jemari ini, menulis kepadamu menyantun salam dan bertanya khabar.

Seringkali juga, jari ini ingin mendail padamu, bibir ini ingin membisikkan rindu padamu, telinga ini ingin sangat mendengar suara bisikanmu yang lemah lembut itu. Tentu dirimu ingin mendengar suaraku membisik bicara kepadamu. Tapi bolehkah begitu?  Sudikah jika diri ini menghubungimu?

Terima kasih sudi membalas sapaanku hari ini. Walau hanya text yang ringkas, dan begitulah balasanmu di setiap kali menyapamu; tapi hati ini merasa lega dan girang. Semoga keakraban ini berterusan dan berpanjangan.

Terima kasih, sayang.


Isnin, 3 Oktober 2016

Diari Ini Terus Menyapamu

Tarikh hari ini ada kenangan sendiri
kita tidak pernah meraikannya
setiap hari ada cerita tersendiri
yang boleh kita raikan bersama
cuma kita memilih tarikh tertentu
untuk jadikan ianya lebih istimewa

Tarikh ini antara yang istimewa
kita mula bertegur sapa
tanpa tertinggal sehari pun
bermula dari tarikh hari ini
dua tahun yang lalu

Sebelumnya
dan lama sebelumnya lagi
kita bertegur sapa sekali sekala
tapi bukanlah setiap hari

Sejak itu kita tidak pernah tertinggal
bertegur sapa dan beramah mesra
hingga timbul bibit-bibit percintaan
hingga hati ini penuh dengan cintamu

Diari ini penyambung sapaan kita
tidak sehari pun tertinggal menyapamu
buat pengganti diari lama kita
akan terus kucoretkan di sini
segalanya tentang kita
selagi ada nyawa ini

posted from Bloggeroid

Ahad, 2 Oktober 2016

Bermimpikanmu Di Maal Hijrah

Terdiam seketika awal pagi ini
terbangun selepas bermimpi
berdebar-debar degup jantung
mimpi indah itu bermain di minda
hadirmu di dalam mimpi
bagai hadirmu di alam nyata
terasa gugup untuk bersuara
walau hanya di alam mimpi

Wajahmu cukup ayu memikat kalbu
senyuman manis tertunduk malu
puas kutatap wajah kerinduan itu
ingin bersuara namun mulut terkatup
lantas aku membalas senyummu
tika seketika itu mengerling padaku
walau sesaat tapi terasa getarannya
bila mata kita bertentang mata

Sayang...
bermimpikan dirimu di tahun baru
bagai membuka episod baru
hubungan mesra yang tersedia terjalin
moga akan terus akrab dan teguh
Salam Maal Hijrah buat dirimu
moga hari-hari yang mendatang ini
berikan lebih kebahagiaan buatmu,
buat kita dan buat semua, selama-lamanya
posted from Bloggeroid

Sabtu, 1 Oktober 2016

Salam Rindu

Assalamualaikum sayang...

Selamat bercuti. Kemana agaknya cuti ini yer? Masih perlu ke pejabat? Atau barangkali bercuti ke mana-mana? Atau hanya di rumah sahaja?

Walau di mana dan dengan aktiviti apapun, semoga ceria-ceria selalu.

Salam rindu dari seorang perindu...
posted from Bloggeroid

Jumaat, 30 September 2016

Teringin

Assalamualaikum dan Selamat pagi di hari jumaat...

Semoga hari yang terus indah buatmu dan sentiasa ceria bersama keluarga, teman-teman dan semua yang menjadi kesayangan awak.

Selamat menjalankan tugas. Jangan lupa sarapan, nanti perut berkeroncong.

Jika sudi dan berkelapangan, titipkanlah sesuatu. Teringin membaca tulisan awak. Teringin mendengar suara awak. Teringin bertemu awak.
 
Salam sejahtera dan berbahagia...
 
 
 
 
 
 
posted from Bloggeroid

Khamis, 29 September 2016

Selamat Malam Sayang

Seharian yang penuh
pun begitu sentiasa teringatkanmu
semoga semuanya berjalan lancar
siang yang lebih terang
malam yang lebih indah
ceria dan bahagia melingkari dirimu

Selamat malam sayang...
semoga lena tidur mu
semoga indah mimpimu
(walaupun mimpi jarang hadir di dalam tidurmu)

posted from Bloggeroid

Rabu, 28 September 2016

Rindukan Suara Itu

Rindukan suara itu
terlalu lama tidak mendengarnya
kali terakhir kita bertemu
tiada sepatah kata dari bibirmu
untuk diriku yang menyapa

Teragak-agak pada riak wajahmu
aku memahaminya dan terdiam pilu
memerhatimu buat penawar rindu
menanti walau sebaris ayatmu
sedang dirimu tidak menoleh padaku

Rindukan suara itu
jika ada izinmu sayang
ingin sekali ku dengar
suaramu yang berbisik manja
membuat hatiku terus teruja

posted from Bloggeroid

Selasa, 27 September 2016

Berkongsi Irama Dan Lagu

Suatu ketika dulu, seringkali juga kita bertukar-tukar lagu. Biasanya lagu-lagu yang ada kaitan tentang kita. Kita senang bila mendengar lagu-lagu itu.

Ia kemudiannya meninggalkan nostalgia dan kita akan tersenyum apabila mendengar lagu-lagu itu di radio atau di mana saja. Ia menjadi lagu kita.

Tapi kini tiada ruang untuk saya kirimkan lagu kepada awak. Ada beberapa lagu yang ingin dikongsikan. Hanya kita yang tahu mengapa jadi begitu. Kita akur.

Saya teruja untuk berkongsi lagu Langit Cinta ini. Seringkali mendengarnya dan semacam 'ada kita' di dalam lagu ini. Hayatilah liriknya di sini dan dapatkanlah melodinya.
 
Ku bermohon bawah langit-Mu
Itu saja daya termampu
Kerna cinta sekuat mana pun
Takkan melepasi cinta-Mu yang suci..

Hati ini pedih menanti
Mengharapkan kasih kembali
Semua cinta yang telah ku beri
Hanya kepadanya tak mungkin berganti

Kerna dia yang ku cinta
Sungguh tak pernah ku sangka
Hadir membelai jiwa dengan ikhlas tulus hatinya

Pulangkan dia padaku
Tak tertanggung merindu
Biarkan kami hidup
Di bawah langit cinta-Mu

Jika bukan dia cintaku ini
Ambillah kembali dari hati

Kerna dia yang ku cinta
Sungguh tak pernah ku sangka
Hadir membelai jiwa dengan ikhlas tulus hatinya

Pulangkan dia padaku
Tak tertanggung merindu
Biarkan kami hidup
Di bawah langit cinta-Mu

Ku bermohon bawah langit-Mu
Itu saja daya termampu
Kerna cinta sekuat mana pun
Takkan melepasi cinta-Mu yang suci


Lagu: Langit Cinta
Nyanyian: Dayang Nurfaizah

posted from Bloggeroid

Isnin, 26 September 2016

Menanti Awak Pulang

Assalamualaikum sayang...

Terus menitipkan salam di sini dengan andaian awak menjawabnya di dalam hati. Ternanti-nanti juga kalau-kalau awak sudi membalasnya di diari ini. Masih menanti-nanti.

Sungguh... sungguh kekok rasanya meniti hari setiap hari tanpa menyulam salam kepada awak, menyantun khabar awak,  berbicara seadanya dengan awak, sesekali bergurau senda bersama awak dan kita tutup tirai malam juga dengan salam; seperti dulu, seperti selalu.

Saya cuba untuk membiasakan diri jadi seperti semula dulu, tanpa salam dan bicara, tanpa gurauan dan usikan, ternyata ia tidak sama lagi. Awak telah menjadi suri di hati ini. Ia tidak akan berganjak dan saya masih terus menanti.

Ternyata benar monolog di dalam lagu Langit Cinta... "Selagi aku bernafas, aku tak akan berhenti untuk terus menanti dia pulang...".

Saya akan terus menanti awak pulang.
 
 
 
posted from Bloggeroid

Ahad, 25 September 2016

Cerita Cinta Kita

Assalamualaikum sayang...

Semoga terus sihat, ceria dan berbahagia. Doakan yang sama buat saya.

Saya terus menulis di diari kita ini tanpa mengetahui samada sayang membacanya atau tidak. Di diari ini saya curahkan rasa hati saya. Di diari ini saya harap sayang tahu bahawa saya tetap dengan pendirian saya tentang kita.

Kita saling percaya dan mempercayai. Kita saling faham dan memahami. Kita berkongsi cerita dan perasaan. Kita berkongsi rahsia dan akan terus menjadi rahsia kita saja.

Kita saling mengenali, saling menghormati, menjalin kemesraan, dan tanpa kita duga, kita saling jatuh cinta. Inilah keajaiban, inilah keindahan dan ia jadi dugaan kepada hubungan kita.

Saya akan terus menyemai rasa cinta ini, membajanya dengan kasih sayang dan menjaganya hingga subur dan mekar.

Terus terang, saya tidak pasti apa yang sayang rasa tentang hubungan kita kini tetapi saya akan tetap menyintai sayang sehingga selamanya. Sekali menyintai selamanya menyintai.

Saya akan terus menulis dan berharap sayang faham.

Salam sayang buat sayang...

posted from Bloggeroid

Sabtu, 24 September 2016

Foto Muka Buku

Melihat dari muka buku
masih ada foto itu di bingkai rindu
menyingkap kenangan kita berdua
hati terusik berbagai rasa

Tentu yang indah jadi ceria
yang gundah jadi ingatan
semoga hati kita tetap sama
kemesraan lalu jadi ikatan
kasih berpaut selama-lama
posted from Bloggeroid

Jumaat, 23 September 2016

Terasa Dekat Terasa Rindu

Entah mengapa
terasa awak dekat dengan saya hari ini
telah beberapa kali terasa sedemikian
semoga itu gambaran sebenar hati awak
ingin sentiasa dekat dengan saya

Saya rindukan awak
saya yakin awak tahu perasaan saya
dan lebih membahagiakan
sekiranya awak juga merindui saya
saya tentu tahu perasaan itu
kerana sentiasa merasa begitu terhadap awak

Sayang...
saya terasa dekat dengan awak
saya merasa rindu kepada awak
itupun telah membahagiakan saya
agaknya bilalah kita kan bertemu
agar dekat itu menjadi benar
agar pertemuan itu mengubat rindu ini




posted from Bloggeroid

Khamis, 22 September 2016

Tenang, Ceria Dan Bahagia

Tenang...
hati terasa tenang dan damai
terasa-rasa awak ada di sisi
menemani ke mana saya pergi
suatu rasa yang sukar digambarkan
suatu impian yang diidamkan

Ceria...
suasana ceria mengiringi saya
sapaan semalam yang ringkas
senyuman manis yang sedikit
mengingatinya menceriakan
apatah lagi jika awak di depan mata

Bahagia...
saya bahagia bersama awak
mengharapkan awak begitu jua
terasa bahagia bersama saya
bahagia nampak di mata bila bersua
terasa di hati bila teringat
dan awak sentiasa di hati ini
agar saya sentiasa terasa bahagia
posted from Bloggeroid

Rabu, 21 September 2016

Cintamu Ternyata Luarbiasa

Sungguh tenang jiwa ini
segalanya jadi indah semula
cuaca begitu nyaman hingga petang
sapaanmu semalam menghapus gelisah
dan alam ini ternyata mengerti hati ini

Ternyata tanpa dirimu aku sepi
setiap sentuhan tidak menjadi
mengharap kasihmu seorang diri
hati ini hanya dirimu yang ia sudi
sesekali hadir di dalam mimpi
senyummu di alam nyata masih kucari
semoga bertemu jua akhirnya nanti
jadi permulaan kemesraan bercantum lagi

Berterusan mendoakan dirimu bahgia
berpanjangan mengharap kita kembali bersama
semoga semua dugaan ini
dapat kita tempuhi bersama-sama
ketahuilah sayang...
walau apapun dugaan melanda
tiada sedikit pun hati ini berubah
kerana cintamu ternyata luarbiasa

posted from Bloggeroid

Selasa, 20 September 2016

Bertahta Di Jiwa

Pagi tadi agak mendung
ada titisan hujan membasahi jalan
mentari muncul agak malu-malu
ia bagai gambaran hati ini
mendung dan basah bergerimis
tertanya-tanya samada munculkah
mentari rindu di petang nanti

Petang ini hati bertukar ceria
salam semalam bersambut indah
girangnya hanya hati ini yang tahu
luka rindu terawat dengan sapaannya
dia yang ku panggil sayang
yang bersarang di minda
yang bertahta di jiwa

Terima kasih, sayang...
hadirmu menghidupkanku
menyintaimu adalah indah buatku
semoga perasaan ini terus menjadi milikmu

posted from Bloggeroid

Isnin, 19 September 2016

Lukisan Hati Ukiran Jiwa

Lama tidak bertanya khabar
lama tidak mendengar khabar
hati tertanya-tanya khabar itu
tiada jawapan pada pertanyaan itu

Berterusan mengharapkan dirinya sejahtera
berlanjutan mendoakan dirinya bahagia
semoga makbul doa yang dipanjatkan ini
semoga bahagia menjadi miliknya abadi

Sayang...
maafkan andai tulisan-tulisan ini
mengganggu dirimu itu
ia adalah lukisan hati ini
ia adalah ukiran kata-kata jiwa ini
sekali menyayangimu
selamanya berada di dalam diriku...

posted from Bloggeroid

Ahad, 18 September 2016

Bergenang Berlinang Keranamu

Petang ini menyusuri perjalanan
cahaya mentari begitu menawan sekali
tentulah bila mentari petang yang muncul
hati ini tiada yang lain lagi
hanya ternampak dirimu pada mentari petang
yang telah menawan hatiku
 
Berdebar rasa hati ini
ingin saja menghubungi dirimu
meluah rindu berkongsi kisah
bergurau senda tertawa riang
berpantun dan berseloka

Bergenang lagi airmata ini
berlinang membasahi pipi
sebak mengingatimu
ternyata kuat hadirmu dalam diri ini
hingga tidak pernah berganjak walau sesaat
jika membaca tulisan-tulisan ini
ketahuilah oleh dirimu sayang
kasih sayang dan cinta ini
semakin hari semakin kuat

Biarlah bergenang berlinang
airmata ini gugur kerana cinta
mengingati saat-saat manis kita
berharap terus manis hubungan ini
kekal hingga selama-lamanya...


Sabtu, 17 September 2016

Teramat Rindu

Rindu
membara
menyala-nyala
marak

Sayang...
saya teramat rindukan awak...

Jumaat, 16 September 2016

Selamat Ulang Tahun Kemesraan

Tarikh ini menjelma semula
ada kenangan indah untuk diraikan bersama
tapi kita terpisah oleh tembok duka
tidak dapat meraikan seperti dulu
lalu kucoretkan di laman ini
jadi sejarah di hari muka

Dua tahun berlalu pergi
pagi kenangan itu menyapamu
sukar digambarkan perasaan ini
terpahat di dada putik asmara
bermula dari tarikh ini
kita memulakan kembara jiwa
berkongsi hampir apa saja
indah suasana itu hanya kita yang tahu

Tidak kusangka sama sekali
kita tidak dapat bersama saat ini
mengenang gurau senda dan tawa ria
mengimbau cerita dan kisah suka duka
kita dipaku oleh keadaan dan waktu
entah kan bila semua ini kan berakhir

Sayang...
Selamat Ulang Tahun Kedua Kemesraan
ternyata terjalin indah dan mewangi
walau banyak cabaran dan rintangan
lebih banyak manis dan berseri
diriku terus menerus mendoakan
agar hubungan kita yang tulus ini
kekal harum mewangi hingga ke syurga


posted from Bloggeroid

Khamis, 15 September 2016

Mewangi

Keakraban dan kemesraan kita bermula dengan lagu ini. Tarikh ini, dua tahun lalu, awak menyanyikan lagu ini berhampiran pantai. Suara awak menikam sukma saya. Lembut mendayu. Ia jadi lagu awak, walaupun ia adalah lagu kegemaran saya. Ia jadi lagu kita.

Liriknya begitu puitis. Melodinya begitu asyik. Saya selalu menyanyikan lagu ini. Rupanya lagu ini tercipta untuk awak. Awaklah mewangi saya, selama-lamanya.

Selamanya
Hati ini akan selalu memujamu
Mencintaimu
Seumur hidupku hanyalah padamu

Waktu
Dengarkanlah
Selalu dekatkan ku dengannya

Indah
Ku menutup mata
Satukanlah hati

Jadikan malam ku lebih indah
Jadikan siang ku lebih terang
Biarkan bungaku mewangi
Selamanya

Selamanya
Hati ini akan selalu memujamu
Mencintaimu
Seumur hidupku hanyalah padamu

Waktu
Dengarkanlah
Selalu dekatkan ku dengannya

Indah
Ku menutup mata
Satukanlah hati

Jadikan malam ku lebih indah
Jadikan siang ku lebih terang
Biarkan bungaku mewangi
Selamanya

Jadikan malam ku lebih indah
Jadikan siang ku lebih terang
Biarkan bungaku mewangi
Selamanya

Jadikan malam ku lebih indah
Jadikan siang ku lebih terang
Biarkan bungaku mewangi
Selamanya

Lagu: Mewangi
Nyanyian: Akim & Magistrate
posted from Bloggeroid

Rabu, 14 September 2016

Kenangan Menggamit Rindu

Melewati tempat itu tadi
dulu sesekali ke sana
bertemu dan berbual seketika
telah lama tidak seperti itu lagi

Setiap kali lalu di situ
kenangan datang mengundang
terbit rindu di hati nan sayu
terkenang dirimu bertalu-talu

Kekadang terasa ingin menggamitmu
kekadang terasa digamit oleh mu
tangan terhalang tembok menghalang
hanya dapat menggamit rindu
dari jauh dari sanubariku saja

Sayang...
dirimu sentiasa di hati ini
tidak tertahan menanggung rindu
sesekali berikanlah khabar beritamu
bagai menyapa akan diriku...
posted from Bloggeroid

Selasa, 13 September 2016

Melihat Dari Jauh

Gembira melihat awak ceria
tenang hati ini melihat suasana itu
lama cuti awak kali ini?

Hati ini turut terasa gembira
senyuman itu mereda rindu
mengharap awak terus bahagia
selama-lamanya sampai ke syurga

posted from Bloggeroid

Isnin, 12 September 2016

Salam Aidil Adha Buatmu

Hujan renyai pagi ini
menyambut Aidil Adha
perasaan damai di hati ini
mengharap hatimu begitu jua

Kuat ingatanku padamu
berdebar-debar hingga kini
seolah dirimu ingin menyapaku
atau diriku yang sebenarnya
bergolak jiwa ingin menyapamu

Masih redup petang ini
ingatan kepadamu makin terasa
rindu yang menggunung tingginya
tak tergapai tangan mencapai
kasih yang mendalam dasarnya
tersimpan kenangan indah bersamamu

Sayang...
Salam Aidil Adha buat dirimu
semoga ceria semoga bahagia
maaf zahir dan batin dari hatiku

posted from Bloggeroid

Ahad, 11 September 2016

Hanya Berteka-Teki

Assalamualaikum sayang...

Hari ini agak sibuk dengan persiapan menyambut hari raya esok. Ke pasar membeli keperluan dan ke dapur. Selepas asar tadi baru siap. Alhamdulillah.

Apa agaknya persiapan awak tahun ini? Memasak rendang? Merebus nasi impat? Atau balik ke kampung? Selalunya dapat berkongsi cerita tentang persiapan kita masing-masing. Kali ini hanya berteka-teki.

Apapun yang sedang awak lakukan, walau di mana pun awak menyambut Aidil Adha kali ini, saya berdoa agar awak sentiasa gembira dan bahagia di samping yang tersayang dan yang disayangi.

Salam Aidil Adha buat sayangku...
posted from Bloggeroid

Sabtu, 10 September 2016

Diari Meluah Rasa

Bermula cuti hingga raya
apakah sambung cuti lebih lama?
adakah beraya di kampung?
atau hanya di sini saja?

Tidak menanti jawapan
untuk pertanyaan yang banyak itu
anggap saja itu sekadar menyapa
di pagi hening sabtu ini
hanya kerinduan ini tidak pernah bertepi
semakin hari semakin menyala
rindu ini kekadang asyik
rindu ini sering tidak tertahan

Diari ini tempat meluah rasa
mencurah segala di dalam jiwa
berharap awak membaca isi hati ini
walau payah untuk awak membalasnya
cukuplah awak tahu perasaan saya ini

Sayang...
saya sangat rindukan awak
apakah awak merasa yang sama?
posted from Bloggeroid

Jumaat, 9 September 2016

Relakan Jiwa

Hujan pagi ini mendamaikan.  Perjalanan walaupun agak perlahan, tetapi lancar. Ingatan kepadamu yang tidak pernah lekang di hati, terasa ingin dilagukan.
 
Teringat satu lagu dan jiwa berkocak ingin mendengar lagu Relakan Jiwa. Apabila membuka radio di kereta, ternyata lagu itu yang berkumandang. Bagai mengerti hatiku. Ada makna tersurat lagu ini untukmu.
 
Sungguh, kurelakan jiwa ini untuk menjadi penghuni dalam sangkar hatimu dan seandainya waktu tidak pernah pertemukan aku dengan dirimu, akan kubiarkan mati hatiku selamanya sehingga kau datang membangunkan aku. Ternyata takdir menemukan kita dan dirimu telah membangunkanku dari lena yang panjang.
 
Terima kasih, cintaku.
 
 
Kusangka hidupku
Selamanya kelam
Terbelenggu ikatan tanpa manisnya cinta

Memaksa diriku
Menapaki jalan
Arah yang tak pernah ku mahu dalam hatiku

Kini kau pun hadir
Memberi cahaya
Membangunkan ku dari suramnya mimpi ngeri

Menuntun hatiku ke palung asmara
Seakan ku hidup kembali dari matiku

Engkaulah cinta
Yang selama ini aku cari

Ku Relakan Jiwa
Tuk menjadi penghuni dalam sangkar hatimu
Kerna engkaulah nadi yang menghidupkan aku
Yang mampu melarutkan setiap sepi hatiku

Hati bukan untuk dimiliki
Tapi untuk dicinta dan mencintai
Kurelakan jiwaku padamu

Engkaulah cinta
Yang selama ini aku cari

Ku relakan jiwa
Tuk menjadi penghuni dalam sangkar hatimu
Kerna engkaulah nadi yang menhidupkan aku
Yang mampu melarutkan setiap sepi hatiku

Seandainya waktu
Tak pernah pertemukan aku dengan dirimu
Akan kubiarkan mati hatiku selamanya
Sehingga kau datang membangunkan aku


Nyanyian : Hazama

Khamis, 8 September 2016

Suatu Masa

Suatu masa
kita berkenalan dan lama selepas itu kita bertegur sapa
bibit-bibit itu indah kerana kita serasi dengan sapaan kita
kemesraan yang lewat tetapi terukir kisah sehati sejiwa 
dan kita mencipta dunia impian kita sendiri
kita leka di buai asmara, kita mengukir awan di langit cinta

Suatu masa
kita dikejutkan dengan hakikat hidup yang sebenar
runtun jiwa ini berlagu pilu jiwa bagai di koyak waktu
lama diri ini mencari dirinya semula
ternyata hati tidak boleh dibohongi
menyintaimu adalah perasaan yang dikurniakan
ia akan terus kekal selama-lamanya tanpa batasan

Suatu masa
hati berasa cukup yakin yang kita akan kembali
mengecapi keindahan kemesraan masa lalu semula
sementara itu biarlah kita menuju destinasi sendiri
kerana di hujung terowong itu destinasi ini akan bercantum
kita akan bertemu semula dalam situasi lebih mesra dan ceria
ketika itu kita sama-sama bahagia dan membahagiakan


Rabu, 7 September 2016

Doamu Semangatku

Assalamualaikum sayang...
 
Alhamdulillah, saya semakin sembuh. Terima kasih atas doa dan kasih sayang awak. Terasa kemesraan kasih itu.  Terasa disayangi juga. Walau tidak tersentuh dengan jari tapi ia menyentuh dengan hati. Rasa damai di hati. Rasa kuat semangat ini. Ia menjadi ubat. Tuhanlah yang menyembuhkan.
 
Awak tentu sibuk dengan tugasan. Tentu sesekali memerlukan rehat. Rehatlah sebentar. Kenangkan saat-saat indah kita bertegur sapa. Saat-saat kita menyulam kata, menganyam bicara.  Saat-saat kita bergurau senda dan mengusik manja. Rindu saat-saat seperti itu.
 
Dalam rehat ini, saya banyak mengalun semula puisi-puisi kita. Membaca luahan rasa kita. Menatap potret-potret yang ada. Ia jadi terapi buat saya. Awak yang ada di saat suka dan duka saya, memberi kekuatan dan semangat untuk saya. Saya berterima kasih.
 
Akhirnya, saya mendoakan agar kita sama-sama bahagia walau di mana kita berada, dipermudahkan semua urusan kita walau apa jua yang sedang kita laksanakan dan diberkati hidup kita. Saya akan terus menulis lagi di diari ini sementara menanti tulisan awak yang telah lama saya rindukan.
 
Salam sayang untuk tersayang...
 
 
 
 
 
 
 

Selasa, 6 September 2016

Semoga Indah Bahagia

Apa khabar, sayang?
awak menyepi saya jadi sunyi
mengharap yang indah-indah
melingkari hidup awak
sihat sejahtera sentiasa ceria

Petang ini langit cerah
sempat tersenyum pada mentari
mungkinkah mentari petang itu
membalas senyuman saya ini
semoga awak tahu isi hati saya
betapa mengharap terus bahagia

posted from Bloggeroid

Isnin, 5 September 2016

Doakan Saya

Saya kurang sihat hari ini. Seharian di rumah. Doakan saya cepat sembuh. Harap kasih sayang awak jadi ikhtiar dan ubat untuk bantu saya sembuh.

Terima kasih, sayang..
 
 
 
posted from Bloggeroid

Ahad, 4 September 2016

Semoga Ceria Dan Bahagia

Pagi minggu yang nyaman
teringat-ingat menyapa awak
di setiap minggu di waktu begini
apa agaknya aktiviti hari ini

Sayang...
walau apa saja walau di mana saja
mengharapkan semuanya lancar
agar sayang ceria, gembira dan bahagia

posted from Bloggeroid

Sabtu, 3 September 2016

Siapalah Aku Tanpa Dirimu

Kita saling memahami
kita terpaksa berkorban kerananya
mahal harga perhubungan ini
bila kita terpaksa hadkan
kemesraan dan senda gurau kita

Tapi ketahuilah
ujian ini menguatkan ikatan
yang telah sedia terjalin indah
sering teringat perbualan kita
sapaan kita pagi hingga malam
tetapi apakan daya
telah tersurat terhenti tiba-tiba

Kuntum kasih terus mekar
perasaan sayang terus mendalam
siapalah diriku ini
tanpa kau di sisi menemani
walau hanya di hati saja
cinta kita ku bawa ke mana-mana

posted from Bloggeroid