Jumaat, 7 Oktober 2016

Peristiwa Ketika Hujan

Hujan pagi ini ada cerita tersendiri
teringat hujan di suatu petang
lantas ingin menjemput dirimu pulang
tetapi kau menolaknya dengan lembut
akhirnya pulang dalam kebasahan

Tawaranku menjemputmu adalah kerana hujan
tidak mahu dirimu pulang dalam kebasahan
dirimu pula tidak mahu menyusahkanku
lalu membonceng motosikal dalam hujan
rupanya kita saling salah faham
kukira dirimu pulang dengan berkereta
kau pula ingatkan yang cuaca baik tanpa hujan

Hujan pagi ini mendamaikan
ingatanku pada peristiwa itu
membuat bibirku mengukir senyum
jom kita berkongsi senyuman ini...



Tiada ulasan:

Catat Ulasan