Isnin, 3 Oktober 2016

Diari Ini Terus Menyapamu

Tarikh hari ini ada kenangan sendiri
kita tidak pernah meraikannya
setiap hari ada cerita tersendiri
yang boleh kita raikan bersama
cuma kita memilih tarikh tertentu
untuk jadikan ianya lebih istimewa

Tarikh ini antara yang istimewa
kita mula bertegur sapa
tanpa tertinggal sehari pun
bermula dari tarikh hari ini
dua tahun yang lalu

Sebelumnya
dan lama sebelumnya lagi
kita bertegur sapa sekali sekala
tapi bukanlah setiap hari

Sejak itu kita tidak pernah tertinggal
bertegur sapa dan beramah mesra
hingga timbul bibit-bibit percintaan
hingga hati ini penuh dengan cintamu

Diari ini penyambung sapaan kita
tidak sehari pun tertinggal menyapamu
buat pengganti diari lama kita
akan terus kucoretkan di sini
segalanya tentang kita
selagi ada nyawa ini

posted from Bloggeroid

Tiada ulasan:

Catat Ulasan