Sabtu, 10 Disember 2016

Monolog: Semua Tentang Kita

Aku mendengar lagu ini hampir setiap hari. Berulang-ulang kali. Lagu yang pernah diberikan kepadaku oleh dia yang sentiasa berada di dalam hati ini sejak dulu. Dan dia akan kekal di hati ini buat selama-lamanya.

Setiap kali mendengar lagu ini, hanya bayangan wajahnya tertayang di layar mata. Dia pernah menyatakan sarikata benci pada lirik itu ditukar kepada sayang kerana dia menyayangi diriku. Terima kasih, sayang. Aku tetap dan akan terus menyayangimu buat selama-lamanya.

Kata pengulas lirik, "lagu ini adalah mengenai dua insan yang bercinta dan dalam pada masa yang sama mereka mempunyai komitmen dengan insan lain. Jadi, cinta mereka tidak rela diduakan kerana hati mereka tak rela menduakan. Ini menjadikan hati mereka cukup sengsara dan menderita. Begitulah sedikit fahaman tentang lagu ini."

Itu kata pengulas lirik. Kata hatiku pula, aku cukup bahagia dapat mengenali, menyayangi dan menyintai puspita hatiku ini. Semoga dia juga mempunyai perasaan yang sama.

Lagu ini memberi pengertian tersendiri hingga tajuk blog ini juga diambil dari lagu ini dan diubah sedikit menjadi 'Cerita Tentang Kita'.
 
Sama-sama kita hayati lagu ini.

Ku biar saja waktu ini membalasnya
Erti rindu erti mencinta
Menutupi segala gelisah

Kau juga sama ada rasa tentang kita
Tapi hati enggan mendua
Biar sengsara hati kan merana
Ingin aku hapus segala
Tak bisa jua melawan cinta

Tuhan tolonglah aku mencintainya
Sungguh hatiku berbalah setelah cinta diuji
Runtun jiwaku tulus mencintaimu
Jujurlah pada hatimu
Oh Tuhan tetapkanlah
semua tentang kita

Benci juga rindu senantiasa merasukku
Sulit untuk ku melafazkan
Diri tanpamu tiada bertahan

Tuhan tolonglah aku mencintainya
Sungguh hatiku berbalah setelah cinta diuji
Runtun jiwaku tulus mencintaimu
Jujurlah pada hatimu
Oh Tuhan tetapkanlah
Semua tentang kita
Semua tentang kita
Semua tentang kita


Lagu: Semua Tentang Kita
Nyanyian: Aspan Shah

posted from Bloggeroid

Tiada ulasan:

Catat Ulasan