Isnin, 5 Disember 2016

Warkah Ringkas Untuk Sayang

Assalamualaikum sayang...
.
Hari baru dan minggu baru. Semoga semuanya baru, ceria, bahagia dan dipermudahkan segala urusan. Tidak bercutikah di minggu-minggu akhir tahun ini? Kalau bercuti; kemanakah agaknya destinasi percutian itu? Semoga terus bahagia bersama insan-insan yang disayangi dan yang menyayangi walau di mana sayang berada.
.
Jika ada kesempatan dan kelapangan masa, sudikanlah menitip sesuatu untuk saya. Lama tidak membaca hasil tulisan sayang. Saya amat suka membacanya. Manalah tahu, sekurang-kurangnya boleh meredakan rindu ini.  Sesekali, teringin juga mendengar suara sayang. Terus terang, rindukan suara lunak manja itu. Tapi saya faham jika sayang sukar untuk menukilkan senaskah kata melalui tinta dan sukar juga untuk sekadar berbicara melalui telefon walaupun hanya seketika. Saya hanya mampu mencadangkan rasa hati saya. Akhirnya, keputusan adalah di tangan sayang.
.
Apa pun, semoga kebahagiaan berterusan melingkari hidup sayang dan perhubungan kita ini kekal buat selama-lamanya.
.
Salam sayang buat tersayang...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan