Salam sayang buat tersayang, yang sentiasa di dalam kerinduanku. Menyebut namamu di setiap degup dada merindu. Semoga sentiasa ceria dan bahagia walau di mana berada ketika dan saat ini.
Dulu, di setiap pagiku dan malamku, menyapa dirimu dengan salam. Girang hati ini bila salam bersambut erat. Terasa kemesraan kita yang mekar dan mewangi.
Sekarang, tiada lagi sapaan salam seperti selalu. Sesekali menyapa dan tidak lagi seindah dulu. Merindui saat-saat itu berulang kembali. Semoga takdir menyebelahi kita.
Kini, sebelum melelapkan mata di setiap malam, menatap potret wajahmu sambil mengucapkan salam dan selamat malam; semoga lenamu berulam senyum dan mendamaikan alam. Sebaik bangun di setiap pagi, menatap potret wajahmu dan mengucapkan salam sambil mendoakan agar kehadiran siangmu terang menghiasi semesta.
Dan, langkah kaki ini bermula bersama dirimu yang sentiasa kubawa ke mana sahaja.
Selamat pagi, sayang...

posted from Bloggeroid
Tiada ulasan:
Catat Ulasan