Suatu masa
kita berkenalan dan lama selepas itu kita bertegur sapa
bibit-bibit itu indah kerana kita serasi dengan sapaan kita
kemesraan yang lewat tetapi terukir kisah sehati sejiwa
dan kita mencipta dunia impian kita sendiri
kita leka di buai asmara, kita mengukir awan di langit cinta
Suatu masa
kita dikejutkan dengan hakikat hidup yang sebenar
runtun jiwa ini berlagu pilu jiwa bagai di koyak waktu
lama diri ini mencari dirinya semula
ternyata hati tidak boleh dibohongi
menyintaimu adalah perasaan yang dikurniakan
ia akan terus kekal selama-lamanya tanpa batasan
Suatu masa
hati berasa cukup yakin yang kita akan kembali
mengecapi keindahan kemesraan masa lalu semula
sementara itu biarlah kita menuju destinasi sendiri
kerana di hujung terowong itu destinasi ini akan bercantum
kita akan bertemu semula dalam situasi lebih mesra dan ceria
ketika itu kita sama-sama bahagia dan membahagiakan
Tiada ulasan:
Catat Ulasan