Khamis, 22 September 2016

Tenang, Ceria Dan Bahagia

Tenang...
hati terasa tenang dan damai
terasa-rasa awak ada di sisi
menemani ke mana saya pergi
suatu rasa yang sukar digambarkan
suatu impian yang diidamkan

Ceria...
suasana ceria mengiringi saya
sapaan semalam yang ringkas
senyuman manis yang sedikit
mengingatinya menceriakan
apatah lagi jika awak di depan mata

Bahagia...
saya bahagia bersama awak
mengharapkan awak begitu jua
terasa bahagia bersama saya
bahagia nampak di mata bila bersua
terasa di hati bila teringat
dan awak sentiasa di hati ini
agar saya sentiasa terasa bahagia
posted from Bloggeroid

Tiada ulasan:

Catat Ulasan