Ahad, 11 September 2016

Hanya Berteka-Teki

Assalamualaikum sayang...

Hari ini agak sibuk dengan persiapan menyambut hari raya esok. Ke pasar membeli keperluan dan ke dapur. Selepas asar tadi baru siap. Alhamdulillah.

Apa agaknya persiapan awak tahun ini? Memasak rendang? Merebus nasi impat? Atau balik ke kampung? Selalunya dapat berkongsi cerita tentang persiapan kita masing-masing. Kali ini hanya berteka-teki.

Apapun yang sedang awak lakukan, walau di mana pun awak menyambut Aidil Adha kali ini, saya berdoa agar awak sentiasa gembira dan bahagia di samping yang tersayang dan yang disayangi.

Salam Aidil Adha buat sayangku...
posted from Bloggeroid

Tiada ulasan:

Catat Ulasan