Assalamualaikum sayang...
Hai... Awak diam saja. Terlalu lama tiada khabar berita. Apakah agaknya yang terbuku di fikiran awak? Apakah agaknya yang terpendam dihati awak? Luahkanlah kepada saya. Saya ingin berkongsi segalanya bersama awak dan saya bersedia jika awak ingin kongsikan apa-apa saja dengan saya. Awak tahu yang saya sentiasa ada untuk awak. Ya, saya akan sentiasa ada untuk awak selama-lamanya.
Saya sendiri pun sebenarnya tertanya-tanya di dalam hati sendiri, kini dimanakah agaknya diri saya ini dihati awak? Apakah masih ada gelora rindu? Apakah masih ada kehangatan cinta?
Bila awak mendiamkan diri tanpa sebarang jawapan, saya mengandaikan bahawa kasih sayang awak pada saya masih seperti dulu. Diam tanda setuju. Tapi kepastiannya hanya awak saja yang boleh berikan jawapan.
Saya akan terus mengasihi awak, menyayangi awak dan menyintai awak. Kemana saja langkah kaki ini, awak tetap ada dihati saya. Saya ingin terus hidup dengan kasih sayang awak. Dengan cinta murni awak. Saya rasa damai bila terasa kehadiran awak dihati saya. Saya tidak mahu hidup dalam mati. Saya mahu hidup dengan cinta awak.
Sayang...
Sekali menyintaimu, selamanya akan terus menyintaimu. Semoga dirimu sentiasa bahagia kerana saya hanya akan gembira bila awak bahagia.
Luv u forever...
posted from Bloggeroid
Tiada ulasan:
Catat Ulasan