Salam sayang buat sayang...
Hari-hari yang dilalui sentiasa ada dirimu di dalam hati. Tak pernah rasa sebegini sebelum perkenalan kita ini. Ikatan kasih terasa begitu akrab. Rindu tak terucap. Banyak buih di laut, banyak lagi rasa rindu ini. Tinggi awan di langit, terasa tinggi lagi rindu ini. Sedalam mana dasar lautan, lebih dalam lagi perasaan rindu ini. Rindu segalanya tentang dirimu.
Sentiasa dan akan terus mendoakan kebahagiaanmu. Sentiasa mengharapkan keceriaanmu. Terus menanti langit petang kerana di mentari petang itu ada bidadariku.
Semoga bahagia walau dimana sayang berada...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan