Nota yang ku terima
menjelaskan apa yang berlaku
aku tergamam dengan pelbagai rasa
terkenangkan bidadariku
entah apakah perkhabaranmu
hilang lenyap tanpa suara
Aku cuba tangani peristiwa ini
mengharap belas kemaafan
membela dirimu dengan caraku
dengan hujah penuh pengharapan
menanti jawapan atau hukuman
memohon agar Tuhan menentukan
takdir yang baik untuk semua
jadi pengajaran buat kita yang alpa
Bagaimana dapat ku lalui hidup ini
ternyata tidak lagi sama seperti dulu
meratap duka menahan sengsara
tidur tidak lagi lena
mimpi tersangkut di dahan malam
hujan airmata membasahi sarang hati
tiada siapa layak jadi pengganti
kenangan hidup sehingga mati
Terus berdoa dan berharap
ikatan tulus ikhlas dari hati ini
akan bersambung semula nanti
ketika itu kita bersama semula
dengan izin yang termentri
takdirlah yang akan menjawab
sementara hidup diteruskan
sepi itu bertandang lagi...
menjelaskan apa yang berlaku
aku tergamam dengan pelbagai rasa
terkenangkan bidadariku
entah apakah perkhabaranmu
hilang lenyap tanpa suara
Aku cuba tangani peristiwa ini
mengharap belas kemaafan
membela dirimu dengan caraku
dengan hujah penuh pengharapan
menanti jawapan atau hukuman
memohon agar Tuhan menentukan
takdir yang baik untuk semua
jadi pengajaran buat kita yang alpa
Bagaimana dapat ku lalui hidup ini
ternyata tidak lagi sama seperti dulu
meratap duka menahan sengsara
tidur tidak lagi lena
mimpi tersangkut di dahan malam
hujan airmata membasahi sarang hati
tiada siapa layak jadi pengganti
kenangan hidup sehingga mati
Terus berdoa dan berharap
ikatan tulus ikhlas dari hati ini
akan bersambung semula nanti
ketika itu kita bersama semula
dengan izin yang termentri
takdirlah yang akan menjawab
sementara hidup diteruskan
sepi itu bertandang lagi...
posted from Bloggeroid
Tiada ulasan:
Catat Ulasan