Sejak lebih sepekan lalu
dalam sujud dan selepas sujudku
ketika mendoakan kesejahteraanmu
kusebutkan nama penuhmu pada Tuhan
dan kutambahkan perkataan 'kerinduanku'
dihujung namamu yang manis itu
Hanya pada Tuhan tempatku mengadu
hanya pada Tuhan tempatku merayu
menyatakan rinduku kepadamu
menyatakan cintaku kepadamu
menyatakan betapa kasih dan sayang ini
biar terus subur dan kembang mekar selamanya
di dunia ini dan berterusan hingga di syurga nanti
Terus berdoa pada Tuhan tanpa henti
semoga perpisahan ini hanya sementara
dan kita akan kembali bersua seperti dahulu
Tiada ulasan:
Catat Ulasan