Khamis, 12 Mei 2016

Bertanya Khabar

Assalamualaikum sayang...

Apa khabar? Awak masih menyepi. Saya terus menanti.

Maafkan saya. Sebenarnya saya tak tahu bagaimana nak memulakan coretan ini. Puas saya susun ayat. Puas juga saya padam apa yang telah saya tulis. Banyak yang saya nak tahu. Banyak juga perkara yang saya nak cerita. Tapi... itulah. Kita dah tak seperti dulu. Tak seperti selalu.

Make it short. Saya akan cuba menulis setiap hari di sini (sejak peristiwa itu). Tentu tak sama jika dibandingkan semasa kita text. Tulis di sini, awak mungkin baca; awak mungkin tak baca. Mungkin awak balas; mungkin juga awak tak balas.

Kalau kita text macam dulu, tentu awak akan baca dan balas. Saya pula macam tak henti-henti nak text. Ada saja cerita saya. Ahhh... kenangan itu cukup manis.

Awak tu pun, sudi-sudilah menyapa. Saya tidak mahu mengganggu. Tapi awak tahu, saya sentiasa menunggu.

Ok. Nanti kita sambung lagi. Kalau saya terus menulis, ayat 'make it short' tadi, macam tak sesuai pulak.

Jumpa lagi - di alam mimpi, di alam maya dan mengharap di alam nyata juga.
 
 
posted from Bloggeroid

Tiada ulasan:

Catat Ulasan