Khamis, 5 Mei 2016

Rindu Dan Doa Buat Bidadari

Rindu itu seolah membunuhku
asyik teringat akan dirimu
tertanya khabar berita darimu
sentiasa berdoa akan kebahagiaanmu

Pilu terus menuntun hati
tangisan berterusan tiada henti
tika berseorangan airmata membasahi pipi
ketika di keramaian ia membasahi hati
walau tidak dapat menghubungi
tapi masih terus ternanti-nanti
ternyata hidup ini tidak sama lagi
cacat tanpa hadirnya si bidadari

Semoga dirimu sentiasa dirahmati
kasih sayang terus bertahta di sanubari
sentiasa berdoa agar suatu hari nanti
rindu terubat menyembuh sepi
posted from Bloggeroid

Tiada ulasan:

Catat Ulasan