Hati terus tenang dan damai. Cuaca yang nyaman hari ini bagai merasai keindahan jiwa. Sapaan semalam masih terasa kemanisannya dengan kelembutan yang sekian lama didambakan. Tergambar wajah ayu awak dalam sapaan ringkas itu.
Airmata yang hampir kering setelah bergenang di jendela mata dan membasahi pipi sejak berjuta detik yang lalu, telah berhenti alirannya. Moga tiada tangis duka lagi. Ternyata saya perlukan cinta awak, agar saya terasa terus bernyawa. Andai perlu menangis lagi nanti, biarlah untuk perkara-perkara yang indah tentang kita.
Banyak yang telah kita lalui dan pelajari dari pengalaman ini tentang hubungan kita. Onak dan duri masih bertaburan di perjalanan yang kita tidak tahu hujungnya ini. Marilah kita bersama berdoa dan berganding bagi menghadapi badai asmara ini.
Apakah kita kuat untuk mengharunginya? Atau kita menyerah kalah di persimpangan yang ada di depan mata kini?
Apapun jawapan awak kepada soalan di atas, keutamaan saya adalah untuk melihat awak bahagia kerana demi cinta ini, saya akan korbankan segalanya untuk kebahagiaan awak.
Pengakuan tulus untuk tersayang.
posted from Bloggeroid
Tiada ulasan:
Catat Ulasan