Sabtu, 14 Mei 2016

Ingat Dan Rindu

Banyak perkara yang berlaku sejak awak menyepi diri. Sebelum ini, setiap hari entah berapa kali saya maklumkan aktiviti-aktiviti saya kepada awak. Suka berkongsi dengan awak tentang apa saja yang saya lakukan.

Hari ini saya sibuk dengan urusan kerja dan perkara lain. Dari pagi tadi hinggalah ke malam nanti. Tapi di setiap detik waktu, ingatan pada awak tetap tidak pernah beranjak walau sedikit pun. Sentiasa teringatkan awak.

Walau apa pun yang sedang awak lakukan sekarang, percayalah, saya sentiasa ada menemani - melalui hati saya yang telah lama bertahta di dalam hati awak.

Sayang... saya rindu awak.
 
posted from Bloggeroid
 
 
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan