Detik terus berdetik-detik
berjuta detik berlalu pergi
berjuta detik menanti detik
detik terus berdetik lagi
Tidak lagi mampu mengira detik
detik tidak pernah mahu berhenti
pada setiap kali detik berdetik
airmata tumpah bertitik-titik
puas menahan waktu berdetik
puas menahan airmata menitik
titis airmata dikutip di setiap detik
yang terus tumpah menitik-nitik
Bukan mengharap sebarang simpati
cuma berharap agar mengerti
hidup bagai sudah tidak bererti
menanti sesuatu yang tidak pasti
Hadirlah sayang...
berjuta detik berlalu pergi
berjuta detik menanti detik
detik terus berdetik lagi
Tidak lagi mampu mengira detik
detik tidak pernah mahu berhenti
pada setiap kali detik berdetik
airmata tumpah bertitik-titik
puas menahan waktu berdetik
puas menahan airmata menitik
titis airmata dikutip di setiap detik
yang terus tumpah menitik-nitik
Bukan mengharap sebarang simpati
cuma berharap agar mengerti
hidup bagai sudah tidak bererti
menanti sesuatu yang tidak pasti
Hadirlah sayang...
posted from Bloggeroid
Tiada ulasan:
Catat Ulasan