Khamis, 26 Mei 2016

Bawalah Aku Bersamamu

Salam sejahtera buatmu sayang...

Bawalah hatiku walau dimana dirimu berada kerana hatiku telah sentiasa ada di dalam hatimu.  Usah tinggalkan ia di mana-mana kerana sekali hati itu menjadi milikmu, selamanya ia tetap menjadi milikmu jua.
 
Bawalah diriku dalam ingatanmu walau di mana hala tujumu. Sekali dirimu mengingatiku, selamanya diriku mengingatimu kerana memang tidak pernah lekang ingatanku kepadamu.

Bawalah cintaku untuk bercantum dengan cintamu agar diriku terus bernyawa. Siapalah diri ini tanpa dirimu disisi, tanpa dirimu menemani. Walau di mana dan pada bila-bila masa, cinta ini perlu bernaung dihatimu agar ia terus hidup.

Sayang, rinduku meronta-ronta. Bawalah aku bersamamu...


posted from Bloggeroid

Tiada ulasan:

Catat Ulasan