Salam buat sayang...
Ketika bangun dari tidur tadi, bagai ingin menghubungi awak - menyapa seperti selalu... 'baru bangun tidur'; tapi tetiba teringat kita telah lama tidak menyapa. Awak tidak membenarkan saya menghubungi awak lagi. Saya hormat permintaan itu. Terdiam seketika. Sedih. Sayu.
Walau di mana awak berada, ketahuilah bahawa kasih sayang ini tidak pernah dan tidak akan pudar. Sekali awak sudi menerima, sejuta kali saya akan terus setia.
Hujan sedang mencurah-curah di halaman rumah. Halaman hati ini juga sedang mencurah-curah kebasahan dalam kepiluan.
Alam seakan mengerti tentang kita.
posted from Bloggeroid
Tiada ulasan:
Catat Ulasan