Jumaat, 13 Mei 2016

Murah Airmata

Hai sayang...

Sejak akhir-akhir ini, saya tidak boleh keseorangan pada bila-bila masa dan walau di mana saja. Dada jadi sebak dan airmata jadi murah. Jadi, saya terpaksa sibukkan diri saya. Ke sana dan ke mari. Jumpa orang itu dan orang ini. Bincang tentang kerja, peluang, pemasaran dan sebagainya.

Teringatkan awak yang murah airmata. Mudah sangat menangis. Tapi itu cerita lama. Ketika kita mula kenal dan kian mesra, awak dah kurang sangat menangis. Harapnya sekarang tidak mudah menangis lagi. Kini agaknya tangisan itu sudah beralih pada saya pula.
 
Saya harap sangat awak sentiasa gembira dan bahagia walau di mana awak berada. Semoga keceriaan dan kebahagiaan awak menjadi keceriaan dan kebahagiaan saya juga.


 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan