Selasa, 6 Jun 2017

Siapalah Aku Tanpa Dirimu

Betahkah berterusan berdiam diri
tanpa sepatah bicara kata
sedang diriku tertanya-tanya
ternanti-nanti?

Tidak pernah mahu memaksa
kerana perasaan di kalbu ini
menyayangi sepenuh jiwa raga
merelakan apa jua keputusanmu
walau hanya berdiam diri
tanpa tinta tanpa suara

Sementara menanti
biarlah ku pujuk hati sendiri
kala bibir mengukir senyum
jiwa pilu menahan lara
sayang...
siapalah aku tanpa dirimu

Tiada ulasan:

Catat Ulasan