Selasa, 27 Jun 2017

Bahagiamu Bahagiaku Jua

Melihat gambar yang dikongsikan
melihat bahagia melingkarimu
dalam diam menumpang bahagia itu
kerana bahagiamu adalah bahagiaku jua

Kita tidak pernah campurkan
urusan sendiri dan urusan keluarga
kita bersetuju tentang itu
dan kita saling doakan sesama kita
agar kebahagiaan mewarnai dunia kita

Soal hati sendiri adalah peribadi
putik kuntum kasih adalah realiti
cinta mekar kekal mewangi
selama-lamanya mewangi

- mencintai tidak semestinya memiliki -
posted from Bloggeroid

Tiada ulasan:

Catat Ulasan