Rabu, 7 Jun 2017

Mencari Penawar Dalam Penantian

Lagu ringkas yang cukup bermakna. Sesungguhnya penantian ini menyeksakan tetapi ku harungi jua hanya kerana dia yang terlalu istimewa.

Andai dapat ku renung lagi sinar cahaya di matanya dan dapat pula ku dengar bisikan suara manjanya, tentulah aku akan merasa cukup bertuah.

Berapa lama mesti kunanti
Sinar cahaya matamu
Gemerlap bagai bintang
Menghiasi malam
Malam yang menutup diriku

Berapa lama perlu kutunggu
Lontaran suara dari bibirmu
Memecah hening taman
Taman syurgawi
Pada sebuah hati yang sepi

Penantian suatu siksa
Yang tidak tertanggung
Oleh tubuhku yang kering dan layu
Kepastian suatu penawar
Dalam suka dan duka
Yang meniti hidupku

Lagu: Penantian
Nyanyian: Harmoni

posted from Bloggeroid

Tiada ulasan:

Catat Ulasan