Isnin, 26 Jun 2017

Cintaku Hingga Di Syurga

Melihat kegembiraanmu
buat aku tersenyum riang
melihat kebahagiaanmu
makbullah doaku selama ini
melihat keceriaanmu
menceriakan hatiku jua

Tiba-tiba rasa bersalah
andai dalam bahagia
melihat kebahagiaanmu
tulisan-tulisanku melukakanmu
luahan hatiku buat dirimu serba salah
dan secara tidak langsung
buat dirimu tidak tenteram
apakah andaianku benar?
atau kau masih senang dengan nukilanku ini?
apakah dirimu masih ada rasa yang sama
tentang apa yang aku rasa
rasa kasih, rasa sayang, rasa rindu, rasa cinta?

- cintaku berterusan hingga syurga -

posted from Bloggeroid

Tiada ulasan:

Catat Ulasan