Isnin, 22 Mei 2017

Mengharapkan Pertemuan

Assalamualaikum sayang...

Hari baru di minggu baru. Seminggu lagi, insyaAllah kita akan mengerjakan ibadah puasa. Semoga kita dapat megharunginya dengan lebih kualiti pada tahun ini.

Kita pernah berjanji dulu, untuk sama-sama berterus terang tentang apa-apa yang berkaitan tentang kita. Setelah sekian lama tidak bertemu dan bertentang mata, sebenarnya ada beberapa perkara yang perlu kita bincangkan yang memerlukan kita bertemu.

Saya berharap sangat agar sayang bersetuju untuk kita berjumpa. Sayang tahu bagaimana untuk menghubungi saya. Tetapkanlah tarikh, tempat dan masa yang sesuai untuk pertemuan itu. Harap sayang dapat memenuhi permintaan ini.

Saya menantikan jawapan. Terima kasih, sayang.
posted from Bloggeroid

Tiada ulasan:

Catat Ulasan