Masih belum melelapkan mata
kenangan lalu jadi teman melayan sepi
potret wajahnmu kutatap dengan senyum
teringatkan dirimu yang senantiasa dihati
yang mungkin sedang lena dibuai mimpi
Masih terus menantimu
rindukan saat-saat indah kita
jika tertakdir berulang semula
kemesraan dan gurau senda itu
akulah insan terbahagia
dan akan kita kongsikan bersama
pelangi nan indah di langit biru
dan mentari petang tersenyum lagi
Mata masih belum mahu terpejam
samada tidur nanti bermimpikan bidadariku
atau lena tanpa mimpi hingga ke pagi
dirimu tetap tersemat indah dikalbu
kekal mewangi selamanya di situ
kenangan lalu jadi teman melayan sepi
potret wajahnmu kutatap dengan senyum
teringatkan dirimu yang senantiasa dihati
yang mungkin sedang lena dibuai mimpi
Masih terus menantimu
rindukan saat-saat indah kita
jika tertakdir berulang semula
kemesraan dan gurau senda itu
akulah insan terbahagia
dan akan kita kongsikan bersama
pelangi nan indah di langit biru
dan mentari petang tersenyum lagi
Mata masih belum mahu terpejam
samada tidur nanti bermimpikan bidadariku
atau lena tanpa mimpi hingga ke pagi
dirimu tetap tersemat indah dikalbu
kekal mewangi selamanya di situ
posted from Bloggeroid
Tiada ulasan:
Catat Ulasan