Khamis, 4 Mei 2017

Indah Di Mata Indah Di Hati

Senantiasa teringatkan awak
raut wajah dan senyuman awak
senantiasa terpapar di ruang mata
rindukan kemesraan dan gurauan awak
semua kenangan bersama awak
senantiasa berada dalam pelukan hati ini

Awak yang saya panggil sayang
selamanya menjadi kesayangan saya
sungguh
saya cintakan awak

Senantiasa mendoakan awak
agar yang indah-indah menjadi milik awak
jika saya bukan yang indah untuk awak
saya redha
tapi saya tidak akan mengalah
untuk terus menjadi yang indah
di mata dan di hati awak
seperti mana awak
yang telah menjadi indah
di mata dan di hati saya

Assalamualaikum sayang
Selamat Malam cinta hati
posted from Bloggeroid

Tiada ulasan:

Catat Ulasan