Setiap hari bersamamu dulu
terpahat kenangan tersendiri
ada yang terukir di dalam hati
ada yang dikongsi bersama
diluahkan di dalam diari kita ini
Kita berkenalan seadanya
dan pada waktu-waktu tertentu
dari masa ke semasa
saling menyapa sesama kita
hanya sesekali bukan setiap hari
sehinggalah pada tarikh hari ini
berpuluh purnama dulu
Sejak dari tarikh itu di hari ini
tidak pernah tertinggal sehari pun
kita saling bertanya khabar
dan berkongsi cerita
setiap hari tanpa jemu
tanpa sesiapa pun yang tahu
Tarikh hari ini tetap menjadi ingatan
walau kita tidak lagi menyapa setiap hari
tapi diari ini tidak pernah sehari pun tidak terisi
dan insyaAllah ia akan terus diisi
selagi terdaya melakar kisah kita
selagi hayat di kandung badan
- Sayang... Selamat Ulang Tahun -
terpahat kenangan tersendiri
ada yang terukir di dalam hati
ada yang dikongsi bersama
diluahkan di dalam diari kita ini
Kita berkenalan seadanya
dan pada waktu-waktu tertentu
dari masa ke semasa
saling menyapa sesama kita
hanya sesekali bukan setiap hari
sehinggalah pada tarikh hari ini
berpuluh purnama dulu
Sejak dari tarikh itu di hari ini
tidak pernah tertinggal sehari pun
kita saling bertanya khabar
dan berkongsi cerita
setiap hari tanpa jemu
tanpa sesiapa pun yang tahu
Tarikh hari ini tetap menjadi ingatan
walau kita tidak lagi menyapa setiap hari
tapi diari ini tidak pernah sehari pun tidak terisi
dan insyaAllah ia akan terus diisi
selagi terdaya melakar kisah kita
selagi hayat di kandung badan
- Sayang... Selamat Ulang Tahun -
posted from Bloggeroid
Tiada ulasan:
Catat Ulasan