"Jom jogging..."
Pernah seketika dulu, sesekali, saya mengajak awak berjogging bersama-sama. Awak tahu saya bergurau. Di hujung minggu begini, sesekali kita akan berjogging di kawasan perumahan kita masing-masing. Awak akan jawab sambil senyum, "Jom..."
Walau berhubung hanya melalui media sosial, tanpa suara, tanpa gambar, tanpa video, tapi tergambar juga senyuman manis manja dan wajah ayu awak itu.
Kemudiannya kita akan saling berbual, mengusik, bermanja dan ketawa bersama-sama. Kenangan semanis itu tidak pernah saya temui dengan sesiapa juga selain daripada awak. Malah, memanggil awak dengan panggilan sayang, adalah yang pertama di dalam hidup saya.
Saya rindukan semua kenangan itu dan saya lebih rindukan awak sekarang ini berbanding semua kenangan kita.
- Awak berjogging pagi ini? -

posted from Bloggeroid
Tiada ulasan:
Catat Ulasan