Salam sayang di angin lalu,
Walaupun secara fizikal, tidak melintasi samada di teratak atau kantormu setiap hari, tetapi asyik teringatkan dirimu yang walaupun jauh di mata tetapi begitu erat di dalam hati ini. Tercari-cari wajah kesayangan dan terpandang-pandang wajah kerinduan itu.
Sesekali menyanyi dan mendengar lagu ini buat merawat rindu yang bergelora. Bibir tersenyum sendirian tika hati memendam gundah gulana. Ternyata tanpamu duniaku begitu sepi. Sepi sekali.
Hadirkanlah dirimu semula. Walau mungkin tidak semesra dulu, tapi kembalikanlah kemesraan itu dengan batas-batas tertentu untuk diri ini terasa terus bernyawa.
Maaf jika permintaan ini keterlaluan. Kadang-kadang terasa bahawa diri ini terlalu memaksa dan membuatkan dirimu lemas dengan rayuanku. Maafkanku sekali lagi.
Tiap hari melintas di sini
Kuharapkan dapat memandang mu
Sayangnya engkau persis tak peduli
Akulah seorang merindu
Jeling jeling kau tidak berpaling
Senyum diberi tiada balasan
Sikapmu sayang membuatku runsing
Ku turut hati merana badan
Berakit berakitlah ke hulu
Berenang renang ku ketepian
Bersakit biarku sakit dahulu
Bersenang denganmu kemudian
Kelip kelip ku sangkakan api
Sinar mentari membawa cahaya
Kau hilang ghaib sangkaku kau benci
Kiranya sengaja nak menduga
Tajuk: Kelip-Kelip Ku Sangka Api
Nyanyian: Malek Ridzuan
- Dugaan ini mendewasakan kita -

posted from Bloggeroid
Tiada ulasan:
Catat Ulasan