Rabu, 16 Ogos 2017

Senantiasa Baru Untukmu

Banyak hari yang indah
melingkari hubungan kita
hari ini jadi yang teristimewa
kerana segalanya tentang kita
bermula dari tarikh hari ini
pada tahun bersejarah itu

Masih teringat kenangan manis
detik pertama perkenalan kita
bersua muka tersenyum manja
bicara halus menikam sukma
jelingan manis pesona jiwa

Gugup seketika kala menatap wajahmu
pelbagai rasa bersarang di hati
menyapa lembut sekadarnya saja
berharap dapat berjumpa lagi

Lantas takdir menemukan kita
saling bermesra bergurau senda
berkongsi cerita menyimpan rahsia
saling percaya dan memahami
mengeratkan kasih membenihkan cinta

Sayang,
Selamat Ulang Tahun Perkenalan
semoga hubungan istimewa ini
kekal abadi di dalam hati
berkekalan selama di dunia
bersambung selamanya di akhirat

- Seribu tahun kan ku nanti jua -
posted from Bloggeroid

Tiada ulasan:

Catat Ulasan