Selasa, 1 Ogos 2017

Detik Sejarah Perkenalan Kita

Salam sayang buat sayang,

Bulan Ogos datang lagi. Ogos bulan yang istimewa buat kita; sekurang-kurangnya buat diri saya.

Di bulan Ogos kita dipertemukan. Kita berkenalan dan dari detik itu kita kuntumkan kemesraan. Kisah kita semakin panjang selepas itu, sehingga kini dan semoga berpanjangan selamanya.

Berdegup jantung saya tika pertama kali menatap wajah sayang. Senyumanmu sayang, ternyata menjadi igauan saya ketika dan selepas itu jua. Suara sayang yang seakan berbisik, buatkan pendengaran saya perlu berikan lebih tumpuan untuk mendengar butir-butir perkataan yang sayang lafazkan.

Terpesona kepada sayang ketika itu hingga tiada penghujungnya. Semoga hubungan kita terus erat walaupun dengan caranya yang tersendiri.

Bulan Ogos jadi detik bersejarah bermulanya perkenalan kita yang senantiasa menjadi sedetik lebih dari biasa.


Setiap nafas yang dihembus
Setiap degupan jantung
Aku selalu memikirkanmu

Dalam sedar dibuai angan
Dalam tidur dan khayalan
Aku selalu memikirkanmu

Ternyata ku perlukan cinta dari dirimu sayang
Barulah terasa ku bernyawa

Kasihku ku amat mencintai kamu
Kerana kau beri erti hidup
Ku kan terus mencinta sedetik lebih selepas selamanya

Di kala penuh ketakutan dengan badai kehidupan
Ku bersyukur adanya kamu

Biarlah kehilangan semua yang dimiliki di dunia
Asal masih adanya kamu

Lagu : Sedetik Lebih
Nyanyian: Anuar Zain
posted from Bloggeroid

Tiada ulasan:

Catat Ulasan