Khamis, 6 April 2017

Wajahmu Di Langit Petang

Sejuk mata ini memandang langit
ada wajahmu di langit petang
seri sinarnya bagai tersenyum
nyanyian burung di dahan pokok
menambah ceria suasana ini

Khabar apakah dirimu hari ini
salamku masih belum bersambut
walau di mana dirimu berada
semoga bahagia erat dalam dakapanmu
dalam sepi ini
cintaku padamu sentiasa bersemi

Sambil itu, hayatilah lirik lagu Cinta Sepi nyanyian kumpulan Search yang mengiring mentari petang ini.

Diam bukan bererti
Aku tidak peduli
Dan bukan cumbu rayu
Yang menbuat kita rindu
Lumrahnya cinta ini

Sedang kita alami cinta sepi
Dekat ku rasa jauh ku rasa
Sekuat mana getaran cinta kita
posted from Bloggeroid

Tiada ulasan:

Catat Ulasan