Ahad, 23 April 2017

Nota Hati Buat Cinta

Saya senantiasa teringatkan kenangan kita. Saya sangat rindukan suasana seperti dulu. Saya ingin sangat bertemu atau sekurang-kurangnya bercakap dengan awak. Atau membaca tulisan-tulisan gambaran hati awak. Saya tahu ia sukar. Tapi itulah harapan saya.

Saya semakin menerima takdir kita. Saya mula terasa hikmahnya. Saya berharap awak masih ada perasaan yang sama seperti dulu. Saya mencintai awak dan awak mencintai saya. Saya akan rasa bahagia jika awak masih ada perasaan itu terhadap saya.

Saya faham dan telah hadamkan bahawa mencintai tidak semestinya memiliki. Tapi izinkan saya memiliki cinta awak. Saya akan bawa ke dalam hati saya walau di manapun saya berada.

Saya teruja bila takdir menemukan kita di dalam keadaan kita sama-sama mempunyai perasaan yang serupa. Jatuh cinta pada awak adalah satu anugerah indah buat saya.

Jika awak terus tidak selesa untuk menyapa saya, saya akan kurangkan untuk menyapa awak agar awak tidak perlu ada rasa serba salah. Apa-apa yang selesa pada awak adalah baik pada saya.
Tapi awak ketahuilah, awak senantiasa berada di dalam hati saya dan saya senantiasa menantikan kehadiran awak.

Salam sayang dari saya buat awak yang tidak jauh di mata dan terlalu dekat di dalam hati.



posted from Bloggeroid

Tiada ulasan:

Catat Ulasan