Salam sayang buat tersayang...
Senantiasa dan terus mendoakan kebahagiaanmu dan berharap bahagiamu menjadi bahagiaku jua.
Walaupun diri ini cuba menyibukkan diri dengan pelbagai perkara, bertemu dengan pelbagai ragam manusia, bercerita dengan pelbagai kisah; ternyata tanpa dirimu di sisi, menyapa dan bergurau senda; dunia yang kulalui kini terasa asing dan diriku bagai terasing.
Dalam riuh rendah dan hilai tawa, hatiku terasa begitu sunyi dan sepi. Kehadiranmu dalam hidupku yang membungakan rasa dan mewangikan jiwa ternyata telah menambah seri duniaku ini.
Kehilangan kemesraanmu bagai taufan dalam kalbuku. Dikaulah kekasihku dan dikaulah pujaan hatiku. Datangmu bersama cahaya, hilangmu membawa sinar bersamamu. Duniaku menjadi kelam dan diriku teraba-raba mencari cahaya itu.
Hadirlah kembali. Bawalah cahaya itu semula. Terangilah diriku dengan cahaya cintamu.
Sayang... kembalilah.

posted from Bloggeroid
Tiada ulasan:
Catat Ulasan