Assalamualaikum sayang...
Saya terus menulis tanpa mengetahui khabar berita daripada awak. Pertanyaan saya tentang khabar, tidak berjawab. Saya cuba mengerti.
Sesekali, dapatlah kiranya mengirim berita. Sekurang-kurangnya saya tahu khabar dan cerita. Tapi kalau awak terus mengambil sikap berdiam diri, saya terpaksalah terima keputusan itu bagi menghormati permintaan awak sambil berharap sangat hubungan kita bercantum kembali.
Bukan senang sebenarnya melalui detik-detik seperti sekarang ini. Teringat keramahan awak, memang terasa sunyi sepi bila kehilangan senda gurau dan bual bicara kita.
Redup petang ini dengan seri sinar mentari petang, ingatan pada awak makin kuat. Keakraban kita yang begitu jitu, hilang secara tiba-tiba. Saya amat terasa kehilangan itu. Amat-amat merasainya. Tiada pengalaman seperti ini, sebelum ini. Tidak mahu ada pengalaman seperti ini lagi.
Sayang...
Walau di mana awak berada dan walau apapun yang sedang awak lakukan sekarang, hanya doa dari jauh daripada saya, agar awak sentiasa berada di dalam keadaan sihat dan bahagia. Selagi bernyawa, awak sentiasa ada di dalam hati saya. I luv u.
Salam sayang buat tersayang...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan