Salam sayang...
Agak-agaknya apa aktiviti awak hari ini? Dulu, di hujung minggu sebegini, kita sering saling bertanya dan update aktiviti masing-masing.
Bukannya apa pun; sekadar menyapa di pagi hari. Kekok bila memulakan hari tanpa menyalami awak terlebih dahulu. Dan kita terus berbual seadanya di diari kita hingga kita menutup tirai malam kita.
Bukannya apa pun; sekadar menyapa di pagi hari. Kekok bila memulakan hari tanpa menyalami awak terlebih dahulu. Dan kita terus berbual seadanya di diari kita hingga kita menutup tirai malam kita.
Pernah sekali itu, awak bertanya kepada saya; 'andai suatu masa kita tidak lagi berbual-bual seperti ini, bagaimana yer?'
Saya terdiam seketika. Mencari-cari jawapan kepada soalan itu. Kemudian saya menjawab kepada awak, 'saya berharap perkara itu tidak akan terjadi. Tapi andainya berlaku, kita boleh saja melalui kehidupan seperti biasa, cuma pasti akan terkenang saat-saat seperti ini.'
Akhirnya, tuhan menguji kita. Kita tidak lagi berbual-bual seperti dulu, seperti selalu. Tapi ternyata, kata-kata saya itu tidak terjadi begitu.
Saya tidak boleh 'melalui kehidupan seperti biasa'. Saya bukan sekadar 'akan terkenang saat-saat seperti ini'; sebenarnya saya sedang rindukan saat-saat itu hadir semula.
Saya rindukan sapaan-sapaan kita. Saya rindukan bualan-bualan kita. Saya rindukan senda gurau kita. Saya rindukan kemesraan kita; malah sekarang ini; saya sangat-sangat rindukan awak!
Semoga awak sedang bahagia walau di mana awak berada. Sesekali bila awak teringatkan saya, ketahuilah kerinduan saya senantiasa menyapa awak.
Rindu sangat pada awak dan sedang menanti awak kembali semula.
posted from Bloggeroid
Tiada ulasan:
Catat Ulasan