Jumaat, 8 September 2017

Kehadiranmu Jadi Penawarku

Hanya berehat di rumah
selepas menerima rawatan
badan perlukan perhatian
hati terasa kesunyian

Kalau dulu
semua ini segera ku maklumkan
dan kata-katamu jadi penawarku
celotehmu jadi buat buatku
hilai tawa manjamu menyegarkanku
tidak perlu ke klinik terima rawatan
tidak perlu jumpa doktor terima nasihat
kerana dirimu cukup indah bagiku
lebih dari klinik dan doktorku

Dan tuhan pulihkan semula kesihatanku

- Berulangkah kembali waktu itu? -
posted from Bloggeroid

Tiada ulasan:

Catat Ulasan