Sayang...
Saya perlukan sayang lebih daripada sayang perlukan saya. Saya perlukan perhatian sayang. Saya perlukan kasih sayang daripada sayang. Saya perlukan gurau senda sayang. Saya perlukan cinta sayang. Saya perlukan segalanya daripada sayang.
Saya terus menulis di sini sebab saya harap sayang membaca luahan hati saya. Walaupun saya juga berharap yang sayang dapat membalas apa-apa tentang tulisan saya dan tentang rasa isi hati saya ini, saya juga perlu akur sekiranya sayang tidak membalasnya. Tapi sekurang-kurangnya berilah pengesahan yang sayang membaca diari ini. Setidak-tidaknya saya tahu sayang membacanya selain ratusan pembaca lain yang membacanya hampir setiap hari.
Perasaan saya kepada sayang masih sama. Tiada yang berubah. Malah semakin hari kerinduan ini semakin sukar ditaksirkan. Hanya gambar-gambar jadi tatapan mata. Hanya nota-nota lama jadi kenangan kita bersama. Sesekali ternyiang-nyiang suara sayang berbicara. Rindukan saat-saat indah itu. Bagaimanalah boleh dilupakan semua itu. Malah senantiasa mahu mengingati semua detik-detik kemesraan kita.
Sayang... selamanya sayang adalah bidadari saya.
- Kenangan itu datang lagi dan hati berterusan merinduimu -
Tiada ulasan:
Catat Ulasan