Rabu, 12 Julai 2017

Doakanlah Agar Selamanya Cinta

Indahnya kala kita berlagu
'biarpun cuma seketika
biarpun bukan selama-lama
sekali sudi kau menerima
sejuta kali ku kan setia'

Waktu itu, katamu
senang dengan lirik itu
biar seketika tapi indah dan penuh kenangan
padaku pula, tidak mahu begitu
tidak mahu hanya seketika
ingin selama-lamanya
kemesraan kita terjalin indah

Sayang hanya senyum
saya pula yang gelisah
ternyata seolah lirik itu benar
tentang biar hanya seketika
semoga lirik itu juga benar
tentang sejuta kali akan setia

- Menantimu dari kejauhan mata -
posted from Bloggeroid

Tiada ulasan:

Catat Ulasan