Assalamualaikum sayang...
Sentiasa ingin merisik khabarmu. Kerap juga bertanya di diari ini. Walau diam membisu, berharap sentiasa berada dalam sejahtera.
Di kalangan kenalan kita, ada yang terganggu kesihatannya. Mengharapkan pulih hendaknya. Sama-samalah kita mendoakan.
Manusia ini pelbagai ragam. Kadang kala tindakan tidak masuk akal. Sukar percayai tindakan mereka. Tapi hanya yang derita lebih memahaminya. Semoga yang baik menjadi kesudahannya.
Berhati-hatilah ketika berkawan walau dengan sesiapa, walau di mana sahaja. Semoga kita sama-sama berada di dalam rahmatNya dan terhindar dari dugaan buruk.
Hari ini coretan ini berlainan sedikit kerana kita bercerita tentang kawan baik yang sama. Sekali lagi; kita sama-sama mendoakan semua, termasuk diri kita juga.
Salam ceria buatmu...

posted from Bloggeroid
Tiada ulasan:
Catat Ulasan