Selasa, 28 Februari 2017

Aku Mati Tanpa Cintamu

Selamanya ingin dirimu bertahta dihati ini
agar diriku terasa terus hidup
tempatkanlah diriku dihatimu jua
agar tenang dan damai ia di situ

Ku pohon padamu sayang
usah tinggalkan diriku
kerana aku mati tanpa cintamu
posted from Bloggeroid

Isnin, 27 Februari 2017

Menghitung Rindu Tidak Terkira

Sayang...
dalam dingin pagi ini
teragak-agak untuk menyapamu
semoga semuanya indah buatmu
semoga segalanya dipermudahkan buatmu

Sayang...
rindukan sangat sapaan manjamu
apakan dayaku andai diam menjadi pilihanmu
dalam menghitung rindu tak terkira
terasa ingin damai dalam dakapan kasihmu
terasa ingin lena dalam kucupan cintamu

Sayang...
hanya kau yang tahu degup jantungku
betapa rasa kasih dan sayang ini
selamanya buat dirimu...
posted from Bloggeroid

Ahad, 26 Februari 2017

Suara Dari Hati

Terus tertanya khabar dirimu
mendoakan agar sentiasa bahagia
ternyata rindu ini terus menyala
bayanganmu ada di mana-mana

Andai dapat berbicara
tentu saja luahan rindu jadi cerita
terlalu teringin mendengar suara manja
dan dalam debaran jiwa membara
akan berbisik lembut ke telingamu
'saya rindu dan cintakan sayang'

Sungguh duhai mewangiku
itulah suara hati ini
sejak dulu hingga selamanya
posted from Bloggeroid

Sabtu, 25 Februari 2017

Bawalah Hatiku Bersamamu

Saya sayang awak
walau di mana kaki melangkah
ingatan tetap kepada awak
mengharap awak masih ada rasa yang sama
membawa saya ke mana jua awak pergi
dan melafazkan di dalam hati
'saya sayang awak juga'
posted from Bloggeroid

Jumaat, 24 Februari 2017

Pulanglah Kembali

Menyanyi-nyanyi lagi Langit Cinta
entah mengapa radio juga
mengulang-ulang lagu yang sama
mengharap sayang pulang kembali
walau sayang tidak pernah pun pergi
cuma hilang menyepi diri
hatiku sunyi terus menanti
posted from Bloggeroid

Khamis, 23 Februari 2017

Berterusan Menghitung Detik

Hari-hari yang dilalui
tidak lagi seperti dulu
terasa begitu perlahan
terasa ada lompang di ruang waktu

Rindukan suasana dulu
rindukan mewangiku
rindukan kemesraanmu
rimdukan senda gurau dan tawamu
rindukan sapaan-sapaanmu
rindukan segalanya tentang dirimu

Setiap waktu menghitung detik
dalam diam tak diam
telah tiga ratus hari kita begini
hanya menyapa dari kejauhan
hati ini berterusan merindu
menitip doa agar takdir
menemukan kita seperti selalu...
posted from Bloggeroid

Rabu, 22 Februari 2017

Dirimu Tetap Mewangiku

Sering mengharapkan yang terbaik buatmu
semoga semua indah, ceria dan membahagiakan
ketahuilah
di hati ini dirimu tetap mewangiku
selamanya kan kekal begitu
posted from Bloggeroid

Selasa, 21 Februari 2017

Jarak Menguatkan Cinta

Rindu ini membuatku menatap wajahmu
walau hanya dari potret
Rindu ini teringat gurau sendamu
walau hanya dari bayang
Rindu ini ternyiang-nyiang suaramu
walau hanya dari rakaman

Ingin sangat menemuimu
menatap wajah ayu nan manja itu
berceria dengan gurau sendamu
menyentuhmu dengan mataku
memelukmu dengan kemesraanku

Jarak memisahkan kita
jarak juga menguatkan rasa cinta ini
ingin bahagia bersamamu
hingga sedetik lebih
hingga selamanya
posted from Bloggeroid

Isnin, 20 Februari 2017

Doa Buat Kita

Assalamualaikum sayang...

Sentiasa ingin merisik khabarmu. Kerap juga bertanya di diari ini. Walau diam membisu, berharap sentiasa berada dalam sejahtera.

Di kalangan kenalan kita, ada yang terganggu kesihatannya. Mengharapkan pulih hendaknya. Sama-samalah kita mendoakan.

Manusia ini pelbagai ragam. Kadang kala tindakan tidak masuk akal. Sukar percayai tindakan mereka. Tapi hanya yang derita lebih memahaminya. Semoga yang baik menjadi kesudahannya.

Berhati-hatilah ketika berkawan walau dengan sesiapa, walau di mana sahaja. Semoga kita sama-sama berada di dalam rahmatNya dan terhindar dari dugaan buruk.

Hari ini coretan ini berlainan sedikit kerana kita bercerita tentang kawan baik yang sama. Sekali lagi; kita sama-sama mendoakan semua, termasuk diri kita juga.

Salam ceria buatmu...
posted from Bloggeroid

Ahad, 19 Februari 2017

Kenangan Menguit Rindu

Selamat berhujung minggu
entah apa agaknya aktiviti hari ini
dulu kita sering berkongsi cerita
kini menyepi tanpa bicara
walau di mana pun dirimu berada
di dalam hati ini sentiasa ada
menemanimu dengan setia
posted from Bloggeroid

Sabtu, 18 Februari 2017

Memandang Wajah Kerinduan

Memandang dari kejauhan
senyum melihat wajah ayu itu
wajah kerinduanku
jiwa resah menanggung rindu

Semoga ceria di keramaian itu
bawalah pulang kenangan indah
agar bahagia mengiringimu
dari jauh mendoakan yang indah
buat dirimu permata hatiku
posted from Bloggeroid

Jumaat, 17 Februari 2017

Menanti Sinar Kemesraan Berulang

Bumi basah petang ini
hujan telah berhenti alirnya
mentari petang tersipu di balik awan
wajahnya perlahan-lahan muncul
menyinari kehidupan alam

Begitulah hendaknya kisah kita
semoga sinar kemesraan bertaut kembali
sangat rindukan saat- saat itu
hilang perkataan untuk melahirkan
perasaan indah itu
hadirlah kembali... hadirlah sayang...



posted from Bloggeroid

Khamis, 16 Februari 2017

Setia Menantimu

Berulangkali lagu ini diputarkan berkumandang di sepanjang perjalanan siang dan malam ini. Bait-bait lirik yang meruntun perasaan. Terkenangkan si dia. Hanya dia.

Sememangnya setiaku di sini. Mengharap hadirnya dia kembali mewarnai duniaku dengan pelangi kemesraannya. Menceriakanku dengan kasih sayangnya. Membahagiakanku dengan cinta tulus ikhlasnya.

Sementara menanti dakapan lena didinihari ini, lagu ini terus menjadi halwa telinga. Teringin bermimpikannya dalam tidurku sebentar lagi.

Ku terasa kesyahduan
menyelimut malam ku sepi
kumenanti kepulangan mu
kau janji-janjikan suatu masa dulu

Hanya kau kasih kau ku kasihi
kata-kata yang dilafazkan
mengikat jiwa dan cinta
hingga tak termimpi pengganti yang lain

Biar ku dicengkam gelisah
dibuai rindu yang mendalam
resah mendamba belaian mu
yang teramat ku dahaga

Kumasih lagi setia
biar pun takdir mencabar kita terpisah
ku masih lagi di sini
berpegang teguh kalimah cinta

Kubisikkan dalam tangisan
yang gugur berderai ke bumi
menjadi bingkisanku yang akhir
untuk bekalan jalanmu
mencari mahkota menghiasi pelamin kita

Lagu: Setiaku Disini
Nyanyian: Ziana Zain
posted from Bloggeroid

Rabu, 15 Februari 2017

Titipan Tengah Malam

Agak terlalu sibuk kebelakangan ini. Hari ini lebih sibuk juga. Pun begitu, ingatan padamu tidak pernah lekang. Menjerit-jerit jiwa ini menyebut namamu. Mencari ruang agar diari ini terus terisi.

Berehat seketika untuk menitipkan diari ini sebelum waktu beranjak ke hari esok. Mendoakan dirimu sihat, ceria dan bahagia. Mendoakan yang sama untuk diri sendiri. Semoga kita sama-sama di dalam rahmatNya.


Selasa, 14 Februari 2017

Bingkisan Buat Tersayang

Assalamualaikum...

Apa khabar, sayang? Semoga diri sayang sentiasa bahagia dan ceria. Saya sihat seadanya. Cuma agak sibuk sejak akhir-akhir ini. Pun begitu, ingatan pada sayang terus mekar segar. Tidak pernah berubah.

Melalui hari-hari tanpa sapaan daripada sayang sememangnya amat rumit. Kita melalui hari-hari yang cukup membahagiakan sejak berpuluh-puluh purnama dulu. Tentu agak terkesan bila melalui hari-hari tanpa sapaan-sapaan yang ceria itu.

Harap sangat perasaan hati sayang pada saya tetap sama seperti dahulu. Sama seperti saat-saat indah antara kita. Saya sentiasa memastikan hati saya terus kekal menyayangi sayang selama-lamanya.

Sekali mencintai selamanya mencintai.

Salam sayang buat tersayang...

posted from Bloggeroid

Isnin, 13 Februari 2017

Kerinduan Bertalu-Talu

Teringat-ingat
rindukan sapaanmu
bergurau bermanja mencuit sukma
ingin mendengar suaramu
membisik bicara syahdu di telinga
menanti nukilanmu
bait-bait berlagu penuh bermakna

Apakah dirimu merasa yang sama?
Atau hanya diriku terkapar-kapar berperasaan sebegitu?

posted from Bloggeroid

Ahad, 12 Februari 2017

Bulan Malam Dan Mentari Petang

Cantik bulan malam tadi dan pagi ini
sejak dua tiga malam sebelum ini juga
ramai memuji bulan yan bersinar
bibir ini hanya mengukir senyum

Lebih terpesona pada mentari petang
memuja memujinya dalam diam
tak ramai yang tahu tarikannya
ia lebih mempersonakan diriku

Dirimu adalah mentari petangku
setiap hari ku setia menunggu
bayanganmu senyummu suaramu
senantiasa menjadi igauanku
menantimu hingga akhir nafasku
berharap bertemu di inderaloka

Bulan dan mentari ciptaan Ilahi
kita juga adalah ciptaanNya
hadir rasa kasih sayang ini juga kehendakNya
serahkan takdir penentu segala
doa jadi perantara mengharap bahagia


posted from Bloggeroid

Sabtu, 11 Februari 2017

Mohon Kasihmu

Selagi bernafas
selagi itu mencintaimu
kerana dirimu penyeri hidupku

Terus menanti
walau di mana dikau berada
bila telah di hati
selamanya terus di hati ini

Tetap setia
menerima hakikat
mencintai tidak semestinya memiliki

Sayang...
ku mohon kasihmu
rawatlah rindu ini...

posted from Bloggeroid

Jumaat, 10 Februari 2017

Semoga Kita Bahagia

Lirik lagu dan melodi yang menusuk kalbu. Bagai menggambarkan hati ketika ini. Terus doakan kebahagiaanmu dan mendoakan yang sama buat diriku. Semoga kita sama-sama bahagia walau di mana kita berada.

Bila kau senyum, ku gembira
Bila kau sedih, ku menangis
Bagai taman rindukan kembang
Ku rindu wajahmu oh! sayang

Di mana saja kau berada
Ku kan tetap bersamamu
Walaupun jasadmu jauh
Namun hatimu dekat selalu

Walau duri halangan menimpa
Bila cinta ada ku tetap setia
Hanya dikau dan asmara
Membuat hidupku bagai
Dalam Syurga

Biar masa berganti masa
Biar pun musim berubah
Telah ku katakan padamu oh! sayang

Hanya kuasa Tuhan dapat memisahkan

Jika kau tanya pada rembulan
Mengapa cahaya berseri-seri
Tentu jawabnya kepadamu
Kerna dikau cinta padaku

Ku persembahkan kepadamu
Sekuntum bunga mawar merah
Kau terima sambil tersenyum
Kembang yang harum kau cium

Bila saja halangan menimpa
Kerna cinta ada ku tetap setia
Hanya dikau dan asmara
Membuat hidupku bagai
Dalam Syurga

Dua insan sedang bercinta
Dua insan berjanji setia
Telah ku katakan padamu oh! sayang

Hanya kuasa Tuhan dapat memisahkan

Lagu: Dua Insan
Nyanyian: M. Nasir & Yusnizar Hussin
posted from Bloggeroid

Khamis, 9 Februari 2017

Bayanganmu Adalah Kekuatanku

Sayang...
hari-hari yang dilalui terasa perlahan
degup jantung ini semakin longlai
kuatkan semangat untuk terus ke hadapan

Bayangan dirimu jadi kekuatan
mengingati kasihmu jadi bekalan
meyakini masih ada cinta dihatimu
menjadi harapan untuk mencapai impian
posted from Bloggeroid

Rabu, 8 Februari 2017

Hidup Dengan Cintamu

Terasa lesu apabila awak menjauh
saya tidak berdaya tanpa awak di sisi
ternyata saya perlukan cinta awak
untuk berasa segar dan kuat semula
untuk terus berasa bernyawa

Sayang...
maafkan jika saya berlebihan
tapi yang pasti dan nyata
saya perlukan awak...




posted from Bloggeroid

Selasa, 7 Februari 2017

Ringkas Yang Amat Bermakna

Tiada apa yang lebih bermakna untuk hari seperti hari ini selain ucapan daripada kesayangan saya. Biarpun ringkas tetapi ia cukup bererti buat diri ini.

Walau ratusan ucapan dengan madah berjela, meraikan pula dengan yang sudi bersama, ia sama sekali tidak sama berbanding sapaan ringkas daripada sayang. Setiap detik terasa gelisah sehinggalah menerima sapaan itu.

Ternyata saya perlukan sayang untuk terus terasa bernyawa. Terima kasih, sayang. Terima kasih atas segalanya.

Luv u so much, my dear...
posted from Bloggeroid

Isnin, 6 Februari 2017

Merindui Hadirmu

Merindui kehadiranmu
ingin ku sulam kisah perjalanan hidup ini
dengan gurauan dan usikan manja
hingga terukir senyum di bibirmu
hingga tertawamu menawan hatiku
hingga mengalir airmata bahagiamu
dan kita sama-sama bahagia
melalui detik-detik indah itu...

posted from Bloggeroid

Ahad, 5 Februari 2017

Hanya Dirimu

Banyak yang hendak dikongsikan
tetapi dirimu tiada menemani
kisah tersimpan di dalam hati
tiada sesiapa untuk kuluahkan
tiada sangka akan jadi begini
tiada siapa yang lebih mengerti

Hanya dirimu yang memahami
tetapi terus mendiamkan diri
ceritaku tersangkut di celah sepi
berharap dikau kan hadir kembali
merawat hati yang kian sunyi
memujuk senyum yang lama hilang

posted from Bloggeroid

Sabtu, 4 Februari 2017

Coretan Ringkas

Sayang...

Bagaimana dapat ku teruskan hidup ini tanpa dirimu menemani? Bagaimana dapat ku lalui hari-hari yang mendatang tanpa dirimu disisi? Malah aku ingin bahagia bersamamu di waktu mati ku nanti. Juga ingin bersamamu di syurga kelak.

Doakan.



posted from Bloggeroid

Jumaat, 3 Februari 2017

Mekar Segar Di Kalbu

Walau bersua semakin tidak pasti
walau berbicara semakin menjauh
dirimu tetap sentiasa berada di hati
mekar segar semua kenangan di kalbu

Selamat malam sayang mewangi...
posted from Bloggeroid

Khamis, 2 Februari 2017

Kenanglah Daku Dalam Doamu

Lima kali melalui jalan itu hari ini
lima kali juga menoleh bumbung
tidak bertemu wajah ayu kerinduan
sekadar merilik ke bangunan itu
menyapa dirimu dari hatiku

Sayang...
kenanglah daku dalam doamu
mengharap pautan kasihmu
menantimu dengan setia...
posted from Bloggeroid

Rabu, 1 Februari 2017

Moga Indah Jadi Milik Kita

Siang malam
terbayangkanmu
terus mendoakan
agar yang indah-indah
menjadi milikmu
milikku
milik kita
posted from Bloggeroid