Tercari-cari wajah si jelita
Ternanti-nanti suara nan manja
Tertanya-tanya khabar berita
Tertunggu-tunggu kehadirannya
Ternanti-nanti suara nan manja
Tertanya-tanya khabar berita
Tertunggu-tunggu kehadirannya
Saya berjalan jauh hari ini. Dari pagi hingga lewat malam. Masih di luar. Sedang berehat melepaskan lelah seketika. Teringatkan diari belum tertulis lagi. Mencoretkan tulisan ini ketika ini. Entah bila akan pulang merehatkan diri.
Bila hati berkocak rasa, ketika tangan menadah memohon makbul segala hasrat, bibir berbisik mendoakan kebahagiaan awak bagai mendoakan kebahagiaan saya juga.
Tidak putus-putus berterusan merindui kemesraan lalu. Terasa ingin terus berkongsi cerita. Tidak sama apabila menulis di sini dengan menyapa dan berkongsi cerita seperti dulu.
Apabila sempat meluahkan bicara di diari ini, sedikit sebanyak hati jadi damai dan jiwa jadi tenang. Walau hanya sementara rindu mereda, tapi puas apabila menulis luahan kalbu di sini.
Sudi-sudikan untuk terus membacanya kerana diri awak selamanya adalah sumber ilham saya. Kasih sayang awak adalah penawar rindu saya.
Bertemu lagi nanti di diari ini. Ingin menyambung tugasan yang terhenti. Doakan saya.
posted from Bloggeroid
Tiada ulasan:
Catat Ulasan