Assalamualaikum sayang...
1. Semoga diri sayang sentiasa berada di dalam rahmatNya dan sihat sejahtera di samping mereka yang disayangi.
2. Alhamdulillah diari ini masih terisi dengan pelbagai bentuk dan gaya penulisan dan cerita; kisah saya, kisah sayang dan kisah kita.
3. Saya agak sibuk sejak beberapa hari kebelakangan ini dan saya seronok dengan apa yang saya kerjakan.
4. Terasa ingin sentiasa berkongsi cerita di setiap saat kehidupan ini seperti yang pernah kita kongsikan dulu.
5. Tapi saya sedar buat masa ini bukanlah sesuai untuk kita berkongsi rasa dan bercerita seperti selalu; seperti dulu.
6. Semoga saat seperti itu akan muncul lagi di dalam hidup kita.
7. Itulah doa saya dan saya harap sayang juga berdoa yang sama.
8. Saya sangat-sangat rindukan tulisan-tulisan sayang dan selalu berharap sayang sudi menulis kepada saya seperti dulu.
9. Tapi saya semakin berasa malu kerana sering meminta-minta tanpa sayang berikan apa-apa maklumbalas.
10. Saya sedang belajar untuk menerima apa-apa atau tidak menerima apa-apa daripada sayang.
11. Saya cintakan sayang sebab itu saya perlu menerima apa saja keputusan sayang walaupun kadang kala hati saya meronta-ronta meminta perhatian dan kasih sayang daripada sayang.
12. Saya akan terus dan sentiasa mendoakan sayang sambil berharap kemesraan kita kembali berpaut indah.
13. Keindahan mencintai sayang membuat saya jadi kuat dan merasa amat bahagia.
14. Terima kasih sayang atas apa jua yang telah sayang berikan kepada saya sehingga saya hidup semula setelah lama terasa mati.
15. Sehingga kita bertemu lagi, salam sayang buat tersayang.
16. Ketahuilah yang saya mencintai sayang selama-lamanya.