Ahad, 28 Ogos 2016

Hari Minggu Yang Penuh

Salam sayang buat tersayang...

Apa khabar hari ini? Apalah agaknya aktiviti-aktiviti awak di hujung minggu ini? Lama tidak bertegur sapa dan tertanya-tanya juga. Harap awak sihat dan ceria.

Saya pula; alhamdulillah, sihat seadanya. Hari ini agak sibuk juga dengan aktiviti-aktiviti sendiri. Dari siang hingga ke malam.

Bila jauh perjalanan, tentu banyak pengalaman. Harap pengalaman-pengalaman ini akan lebih mendewasakan kehidupan dan memberi manafaat kepada orang lain juga.

Walau dimana saya berada, ingatan pada awak tidak pernah lekang. Rindu dengan sapaan dan tulisan awak. Jika bila-bila ada kelapangan,  sapalah walau dengan secebis kata.  Rindu mendengar suara manja itu. Atau sekurang-kurangnya, tulislah walau sebaris ayat. Membaca tulisan awak adalah terapi pengubat rindu saya.

Walaupun percutian ini penuh dengan aktiviti dan keceriaan, terasa lebih indah jika awak ada bersama. Membayangkan awak ada bersama pun saya telah rasa begitu seronok, apatah lagi jika awak benar-benar turut serta mengikuti percutian ini. 

Sesekali terfikir pula kalau suatu hari kita dapat bercuti bersama-sama dengan rakan-rakan yang lain, walaupun kemungkinan itu kian menjauh.

Walau di mana saya berada, awak tetap saya bawa, kerana ia sentiasa ada penuh di dalam hati saya.
 
 
 
 
posted from Bloggeroid

Tiada ulasan:

Catat Ulasan