Rabu, 31 Ogos 2016

Selamat Berehat

Salam Sejahtera,

Semoga cuti ini cuti yang indah sambil merehatkan diri dari tugasan yang tidak pernah habis.

Selamat bercuti, sayang...
 
 
 
 
posted from Bloggeroid

Selasa, 30 Ogos 2016

Tidak Mungkin Berubah

Setiap pagi
potret wajahmu kutatap
senyummu indah berseri
dagumu cantik sekali
matamu bagai merenungku
ia menghidupkan hariku

Subuh pagi hening ini
ingatan kepadamu cukup kuat
berdebar-debar rasa dihatiku
bagai ingin terbang kepadamu
lalu aku mendakap bayangmu
agar degup jantung ini tenang semula

Kau yang ku panggil sayang
akan terus menjadi kesayanganku
biar apa pun yang melintangi kita
kasih, sayang dan cinta ini
tidak mungkin berubah lagi
mengharapkan takdir menyebelahi kita
agar ia menjadi nyata

Berterusan mendoakan kebahagiaanmu
semoga dirimu, diriku dan insan-insan lain
yang mewarnai kehidupan kita
sama-sama dilimpahi kebahagiaan ini
Amin...
 
 
 
posted from Bloggeroid

Isnin, 29 Ogos 2016

Terima Kasih Cinta

Dikejauhan ini
ingatan kepadamu
tetap terlalu dekat
sentiasa di hati

Sapaanmu
terasa dirimu di sisi
bagai bersama di sini
membuat ceria hati ini
tersenyum sendirian

Terima kasih, sayang
masih ada di masa suka
masih ada di masa duka
terubat sedikit rindu ini...
 
 
posted from Bloggeroid

Ahad, 28 Ogos 2016

Hari Minggu Yang Penuh

Salam sayang buat tersayang...

Apa khabar hari ini? Apalah agaknya aktiviti-aktiviti awak di hujung minggu ini? Lama tidak bertegur sapa dan tertanya-tanya juga. Harap awak sihat dan ceria.

Saya pula; alhamdulillah, sihat seadanya. Hari ini agak sibuk juga dengan aktiviti-aktiviti sendiri. Dari siang hingga ke malam.

Bila jauh perjalanan, tentu banyak pengalaman. Harap pengalaman-pengalaman ini akan lebih mendewasakan kehidupan dan memberi manafaat kepada orang lain juga.

Walau dimana saya berada, ingatan pada awak tidak pernah lekang. Rindu dengan sapaan dan tulisan awak. Jika bila-bila ada kelapangan,  sapalah walau dengan secebis kata.  Rindu mendengar suara manja itu. Atau sekurang-kurangnya, tulislah walau sebaris ayat. Membaca tulisan awak adalah terapi pengubat rindu saya.

Walaupun percutian ini penuh dengan aktiviti dan keceriaan, terasa lebih indah jika awak ada bersama. Membayangkan awak ada bersama pun saya telah rasa begitu seronok, apatah lagi jika awak benar-benar turut serta mengikuti percutian ini. 

Sesekali terfikir pula kalau suatu hari kita dapat bercuti bersama-sama dengan rakan-rakan yang lain, walaupun kemungkinan itu kian menjauh.

Walau di mana saya berada, awak tetap saya bawa, kerana ia sentiasa ada penuh di dalam hati saya.
 
 
 
 
posted from Bloggeroid

Sabtu, 27 Ogos 2016

Kembara Diri

Jauh kembara membawa diri
cuba mencari ketenangan
walau hati tidak terawat
mengharap gelisah mereda
cukuplah jika hanya seketika

Walau nampak riang di mata orang
hati sendiri memendam duka
memujuk-mujuk di kala lara
mengubati dengan cara sendiri

Terus tercari-cari dirimu kasih
sambil kerap berdoa tanpa putus
semoga bahagia melingkarimu
bersama semua yang menyayangimu
termasuk diriku ini...
 
 
posted from Bloggeroid

Jumaat, 26 Ogos 2016

Bahagia Yang Tulus

Kita menderita bila kita rasa kita beri lebih. Kita menderita bila kita rasa tidak diberikan perhatian. Kita menderita bila kita rasa kita tidak dapat apa yang kita harapkan.

Tapi sebenarnya kita tidak perlu ada rasa derita itu kalau semua yang kita lakukan itu, kita lakukan dengan tulus ikhlas. Kita patut rasa bahagia. Kita berhak bahagia. Semoga kita sama-sama bahagia.

Assalamualaikum dan selamat pagi, sayang...
 
 



posted from Bloggeroid

Khamis, 25 Ogos 2016

Hingga Syurga

Terus teringat-ingat
tidak pernah terhenti
tidak mahu berhenti
biar segar hingga syurga

Semoga terus ceria
semoga terus bahagia



posted from Bloggeroid

Rabu, 24 Ogos 2016

Kenangan Mewangi

Assalamualaikum dan Selamat Pagi, sayang...

Baru saja terdengar lagu Mewangi di corong radio. Lagu seribu kenangan buat kita. Bibir saya mengukir senyuman lagi pagi ini. Mengingati saat-saat indah kemesraan kita.

Walau terasa kita kian menjauh, saya sentiasa memujuk hati bahawa saat-saat indah akan kembali semula bersama kita.

Semoga siang hari ini lebih terang buat awak dan malam nanti lebih indah menyinari hidup awak.

Selamat menjalankan tugas, sayang...
 
 
 
posted from Bloggeroid

Selasa, 23 Ogos 2016

Sentiasa Ada Dihati Ini

Diam tak diam hari sudah petang
terlihat matahari yang masih menyinar
tersenyum sendirian
teringat awak yang sentiasa ada di hati
semoga sentiasa bahagia...

posted from Bloggeroid

Isnin, 22 Ogos 2016

Apakah Masih Ada Rindu?

Terlalu rindu hingga tiada perumpamaan yang tepat untuk menggambarkannya. Dulu awak juga sering menyatakan rindu.

Apakah masih ada rindu di hati awak?

posted from Bloggeroid

Ahad, 21 Ogos 2016

Rindukan Awak

Bergenang mata tahan debar. Berdebar jiwa tahan rindu. Rindu tak tertahan...

Saya sungguh rindukan awak. Wajah awak ada di mana-mana.

posted from Bloggeroid

Sabtu, 20 Ogos 2016

Selamat Berhujung Minggu

Hampir setiap pagi sabtu
kita menyapa awal pagi
berkirim salam bertanya khabar
tapi itu dulu... lama dulu

Kini pagi sabtuku beku
tiada lagi sapaan seperti itu
rindu pada sapaan itu
hanya menyapa di dalam hati
mengharap dirimu ceria

Sayang...
selamat berhujung minggu
sentiasa doakan kebahagiaanmu
sentiasa merinduimu, mengasihimu
tak pernah berubah walau sedetik
kekal subur di jiwa ini...


posted from Bloggeroid

Jumaat, 19 Ogos 2016

Bertahta Di Hati

Pagi jumaat yang bersinar
semoga terang hingga ke petang
hati yang tulus teringatkan dirimu
semoga kekal bertahta di hati ini
selamanya...

Selamat pagi, sayang...



Khamis, 18 Ogos 2016

Bersama Awak

Bersama awak...
saya hidup penuh semangat
walau jarang mendengar suara
bagai sering ternyiang di telinga
walau jarang bertemu mata
bagai sering berjumpa dimana-mana
kerana kenangan bersama awak
sentiasa ada di hati saya

Bersama awak..
hidup saya lebih dari indah
azam saya lebih dari kuat
hati saya lebih dari bahagia
tuturkata saya lebih dari yakin
ke mana saya pergi
saya terasa awak sentiasa ada

Bersama awak...
saya tahu prihatin dan perhatian
saya mengenali kasih dan sayang
saya ceria dengan gurau senda
saya memahami perasaan cinta
semua ini mematangkan
semua ini membahagiakan
semua ini mendekatkan kita

Sayang...
walau kekadang terasa saya berlebihan
dalam meluahkan pendam perasaan
itulah saya yang awak kenali
berterus terang hingga merah pipi awak
hingga mengalir airmata awak
hingga awak terdiam tidak terkata

Dan saya masih terus di sini
masih menggenggam erat
tali cinta ini...
posted from Bloggeroid

Rabu, 17 Ogos 2016

Hatimu Semangatku

Berkejar dengan masa hari ini
memenuhi tuntutan tanggungjawab
semuanya tertunai sudah
dalam rehat ini berkongsi cerita

Walau diriku di mana dan ke mana
hatimu ku bawa bersama-sama
menjadi penguat semangatku
mengubat sedikit kerinduanku
posted from Bloggeroid

Selasa, 16 Ogos 2016

Tiga Tahun Dealova

Tahun pertama
kita terlepas untuk meraikannya
tika itu hanya memandang dari jauh
hati meronta untuk menyapa
jiwa sengsara mengukir kata

Tahun kedua
kita meraikan seindahnya
walau jarang bertemu mata
diari kita pengikat asmara
alunan lagu jiwa bergema
cinta mekar wangi berbunga

Tahun ketiga
hari ini kita mengulanginya
detik bersejarah perkenalan kita
kuntum mawar berseri kasih kita
bersembunyi entah di mana
hati terus tertanya-tanya
mengapa sepi tanpa suara

Harum kasih ini terus kubaja
disirami kasih dan sayang
biar semerbak mekar cinta ini
kekal indah selama-lamanya
sabar menunggu di pentas dunia
setia menanti di alam syurga
posted from Bloggeroid

Isnin, 15 Ogos 2016

Mencintaimu

Mencintaimu
seumur dan seluruh hidup ku
selamanya akan terus setia

Kau amat bererti buatku
kau adalah tetap milikku
walau hanya mampu dihati saja
kau adalah mewangiku selamanya

Sayang...
andai ditakdirkan tidak di dunia
izinkan bertemu semula di syurga
tapi adalah lebih indah
kita bertemu semula di dunia
kekal bersama di syurga selamanya

Doakanlah agar ia jadi begitu...
posted from Bloggeroid

Ahad, 14 Ogos 2016

Bahagiamu Bahagiaku

Hujung minggu kunjung tiba
percutian jauh dari kota
semoga ceria dan bergembira
bersama insan-insan tersayang

Semoga dirimu terus bahagia
dibahagiakan dan membahagiakan
jika ada ruang dan waktumu
menyapa diriku oleh dirimu
walau sekadar membalas salam
adalah kebahagiaan buatku jua...

Sayang...
Selamat berhujung minggu...
posted from Bloggeroid

Sabtu, 13 Ogos 2016

Rindukan Dealova

Terdengar Dealova di saat ini
suara radio di dinihari bagai mengerti
dia sentiasa ada di hati ini
sekian lama, selama-lama

Rindu di hati bertandang lagi
terus menanti di kamar sepi
seribu tahun sabar menanti
mentari petang muncul kembali...

Sayang...
usah padamkan cintaku di hatimu
kerana cintamu terus menyala dihatiku
sentiasa merindui dirimu
terus berdoakan kebahagiaanmu...
posted from Bloggeroid

Jumaat, 12 Ogos 2016

Miss U Luv U

Sayang...

I really miss u and I luv u so much.

Tolong jangan pergi dari hidup saya ini...
posted from Bloggeroid

Khamis, 11 Ogos 2016

Mewangi Sepi

Malamku tidak lebih indah seperti dulu
siangku tidak lebih terang seperti selalu
mewangiku menyepi menghilang diri
tinggalkan aku menganyam sunyi

Sayang, saya rindu awak...


Rabu, 10 Ogos 2016

Muara Hati

Di perjalanan hari ini, ada lagu yang mengusik kalbu. Kuulangi berkali-kali dan tergerak berkongsi di sini.

Cinta terpisah ruang waktu
Tetap cinta bersatu dalam hatiku
Walau raga kita tak mungkin bersama
Ku yakini hati kan tetap setia


Ku percaya ke mana pun kau berjalan
Suara cinta menuntunmu kepadaku
Kerna bila cinta sudah bersenandung
Takkan terpisah hati


[Chorus]
Demi cinta dalam hatimu
Ku yakin engkau untukku
Meski jejak pisahkan kita
Cinta kan bawa kembali padamu


Aku ada kerna engkau ada
Tercipta hatiku hanyalah untukmu
Jalanku pertunjuk padamu
Ke mana pun kan pasti kembali

Demi cinta dalam hatimu
Ku yakin engkau untukku
Meski jejak pisahkan kita
Cinta kan bawa kembali padamu


Demi cinta dalam hatimu
Biarkan aku merasuk
Bersatu dalam hatimu
Hanya dirimu dan aku


Demi cinta dalam hatimu
Biarkan aku merasuk (merasuk dalam hati)
Cinta



Nyanyian : Hafiz dan Siti Nurhaliza


Selasa, 9 Ogos 2016

Menanti Dalam Sepi

Rindu terus bertandang lagi
aku menanti di dalam sepi
hendak mengadu pada siapa
seribu tahun sabar menanti

Sentiasa mendoakan kebahagiamu
semoga bahagiamu, bahagiaku jua...
 
 
posted from Bloggeroid

Isnin, 8 Ogos 2016

Doa Bahagia

Seharian menanti salam bersambut
mungkin ada aral yang melintang
lantas salam terdiam sehingga malam.

Doa berterusan
memohon agar dirimu sentiasa bahagia...




erposted from Bloggeroid

Ahad, 7 Ogos 2016

Seratus Hari Kehilanganmu

Seratus hari kehilanganmu
seratus hari teragut nyawaku
seratus hari sepi hidupku
seratus hari menanti dikau kembali

Hari ini seratus hari yang lalu
lenaku tersentap di pagi sendu
nota ringkas itu membunuhku
dalam terkejut bercampur bingung
berjujuran airmata membasahi pipi
linangan airmata seumur hidup
tewas dengan titisan airmata pagi itu

Dikaulah kekasihku Seri Melatiku
mewangiku selama-lamanya
kesayanganku yang ku cinta
tempat mencurah kasih, sayang dan rindu
bergurau, bercerita dan berkongsi rasa
pelangi hidupku, penyeri hatiku
berkongsi suka duka dan rahsia

Sayang...
perlukah kutunggu seratus hari lagi
untuk bermesra seperti dulu
rindu dengan kenangan lalu
berharap lebih baik dari itu
semoga apapun takdir buat kita
biarlah yang terbaik dari Tuhan
untuk kebahagiaan kita bersama



posted from Bloggeroid

Sabtu, 6 Ogos 2016

Hendak Mengadu Pada Siapa?

Saya tidak berapa sihat hari ini. Hanya berkurung di rumah. Dulu, sihat dan sakit, awaklah tempat saya mengadu.

Kadangkala, bila mengadu saja kepada awak, saya beransur sihat semula. Awak jadi ubat saya. Penawar sakit saya. Hati jadi tenang bila dapat bercerita pada awak. Awak jadi pendengar setia saya.

Kini, di diari ini saja saya meluahkan rasa. Mengharap awak membaca dan tahu isi hati saya. Mendoakan saya cepat sembuh dan menghubungi saya dengan cara awak. Membaca sapaan awak menjadi terapi saya.

Semoga saya cepat sembuh, semoga awak terus bahagia.


posted from Bloggeroid

Jumaat, 5 Ogos 2016

Selamat Pagi Sayang

Salam jumaat buat sayang...

Agak sibuk juga hari ini. Tapi sempat mencoret sesuatu untuk saying di sini. Terasa lega bila menyapa kerinduan saya ini.

Harap sayang sihat, ceria dan bahagia. Selamat pagi, sayang...



posted from Bloggeroid

Khamis, 4 Ogos 2016

Mewangiku Selamanya

Assalamualaikum sayang...

Hari ini sempat membaca coretan-coretan lama. Menyingkap juga gambar-gambar kenangan. Bibir mengukir senyum. Airmata bergenang-genang.

Usah bimbang. Bukan meratapi kepiluan tetapi mengenangkan kemesraan kita. Apa jua situasi kita dulu, ada diari bersama untuk kita bercerita, berkongsi suka duka.

Kenangan yang cukup indah bersama awak yang indah di mata, indah di hati dan mengindahkan dunia saya. Matahari petang terus membuatkan saya terbayangkan awak; awak yang menjadi kesayangan saya.

Biarlah saya ulangi selalu dan bertalu-talu; awak adalah cinta hati saya, di dunia dan di syurga. Walau apa dugaan yang menimpa kita, ia adalah ujian cinta kita.

Duhai mewangiku; yang mengindahkan malamku dan mencerahkan siangku; selamanya hati ini akan selalu memujamu mewangiku...


posted from Bloggeroid

Rabu, 3 Ogos 2016

Memujuk Rindu

Seharian keluar memang agak meletihkan. Perjalanan hidup perlu diteruskan. Cabaran dan dugaan jadi asam garam kehidupan. Dalam pada itu, ingatan kepadamu terus menyala di hati ini.

Dalam tidak sedar, diri ini terlalu hampir mendekatimu. Memandu melalui jalan utama itu, terlihat bumbung tempatmu mencari rezeki. Lantas jiwa ini meronta kerinduan. Senyum sendirian memujuk hati.

Walau hanya seketika, melalui jalan itu mengingatkan diriku yang pernah sesekali menemuimu di situ. Harapanku kini, agar dirimu terus bahagia bersama mereka yang menjadi kesayanganmu dan mereka yang menyayangi dirimu; termasuklah diriku ini - yang senantiasa menyayangimu selamanya.
 
 
 
posted from Bloggeroid

Selasa, 2 Ogos 2016

Sapaan Penuh Erti

Tenang hati ini dengan sapaanmu
memang sapaan itu di nanti-nanti
meleret senyuman di bibir ini
rasa suka, ceria dan bahagia

Walau ringkas tidak berpanjangan
rasa tenang dan damai hati ini
berlarutan hingga saat ini
bernafas lebih sempurna
bergerak lebih bermakna

Terima kasih, sayang...
pengubat duka lara jiwa
merawat dengan sentuhan sapaan
menambah rasa kasih dan sayang
memenuhi hati ini dengan cinta




posted from Bloggeroid

 

Isnin, 1 Ogos 2016

Rasa Cinta Ini

Sayang...
Bayangan wajah ayu malam itu
masih jelas dan terang di ingatan
si bidadari walau tanpa senyuman
masih jelita di mata kerinduan ini

Sayang...
Walau hati masih tertanya-tanya
ternyata keindahan percintaan itu
melenyapkan tanda tanya di jiwa
meraikan kemesraan itu lebih menarik
dari mengenang duka jiwa lara

Sayang...
Ingatan kepadamu tidak akan putus
kekuatan rasa cinta ini membarakan api asmara
akan terus kupelihara kesucian hatimu
yang telah bersangkar teguh di lubuk hatiku




posted from Bloggeroid