Saya teringin sangat hendak menyapa awak. Terasa terlalu lama tidak bertegur sapa. Apakah hanya saya saja yang berperasaan begitu?
Saya tahu, awak begitu sibuk dengan pekerjaan awak. Saya tahu, awak berkejar dengan masa untuk menyiapkan tugasan awak. Saya tahu saya tidak patut ganggu awak. Tapi pada masa yang sama, saya terasa bahawa awak senang kalau saya menyapa awak. Sekurang-kurangnya barangkali dapat mengurangkan stress awak di tempat kerja.
Apakan daya kita; kemesraan tidak boleh seperti dulu. Sekurang-kurangnya di waktu ini. Kita sama-sama tahu dan faham.
Percayalah sayang, kasih sayang dan cinta ini tidak akan pernah berubah walau sedetik pun. Semoga kita sama-sama berada di dalam rahmatNya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan