Assalamualaikum sayang...
Saya amat terkejut dengan catatan di diari kita awal pagi ini. Nota ringkas awak cukup untuk membuat saya menggigil ketika membacanya. Saya membacanya berulang-ulang kali. Apakah ini bermaksud yang awak ingin memutuskan terus hubungan kita yang telah sedia terjalin selama ini?
Saya telah siapkan nota untuk Pagi 94 'menanti awan mendung berlalu pergi agar mentari bersinar semula dan senyumanmu kembali mewarnakan pelangi...' ternyata diari kita telah awak tutup dan nota itu terawangan.

Saya ingin memohon maaf sekiranya ada kata bicara saya, jika ada tingkah laku saya atau ada apa-apa yang menyebabkan awak terguris rasa dengan saya.
Saya tertanya-tanya samada terdapat alasan-alasan lain, kerana alasan yang awak berikan itu, tidak cukup kuat untuk awak tidak mahu saya menghubungi awak lagi. Cara awak memutuskan bagai bukan ayat dari hati awak yang lembut itu. Ada ledakan emosi yang sukar dimengertikan. Awak tahu saya adalah seorang yang berterus terang (terutama kepada awak) dan saya ingin awak juga berterus terang kepada saya untuk apa-apa saja tentang kita.

Berilah saya peluang untuk terus sekurang-kurangnya menjadi teman awak. Untuk sesekali menghubungi awak; bertanya khabar, menyapa dan berkongsi cerita. Saya memohon keizinan awak.
Saya sering ingatkan diri saya bahawa walaupun saya benar-benar menyintai awak, keutamaan saya adalah membuat awak gembira; keutamaan saya adalah agar awak tidak menangis untuk perkara yang menyedihkan awak, keutamaan saya adalah agar awak bahagia dengan apa jua situasi awak walau di mana awak berada. Jika keputusan yang awak buat ini membahagiakan awak dan tidak menyebabkan awak menangis pada sesuatu yang menyedihkan awak; maka saya sedia terima bahawa ia memang membahagiakan awak. Hati saya, biarlah saya pujuk sendiri.

Banyak lagi yang ingin saya tuliskan, tapi airmata yang terus mengalir ini, mengaburi penglihatan saya. Kelopak mata ini tidak dapat menyeka ia dari terus tumpah membasahi pipi dan baju saya. Saya tidak pernah kebasahan airmata sebegini banyak di sepanjang hidup saya. Saya akan terus menulis di sini, kerana, di sinilah bermulanya kisah cinta kita. Awak sudi-sudilah membacanya nanti yer...
Sayang...
Jika awak tidak mahu menjadi cinta saya lagi, janganlah awak putuskan persahabatan kita. Saya bersedia untuk menjadi teman setia awak.
Saya akan terus menyintai awak selama-lamanya; malah berharap untuk bersama awak di syurga; kerana hanya awak selamanya adalah Pedusi Bidadari saya.
Teringat kata-kata awak...
'Saya selalu ingatkan diri saya, "biarpun hanya seketika, biarpun bukan selama-lama"...'
- Sukma Rindu -